TMJ: “Macam Bapuk Main Buang-Buang Asid Tu”

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor (TMJ), selaku pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) tampil memberi pendapat kepada orang ramai selepas nama baginda dikaitkan mengenai isu keganasan terhadap Faisal Halim.

Terdahulu, beberapa spekulasi timbul di media sosial selepas ada segelintir netizen membuat spekulasi seolah TMJ menjadi salah seorang dalang di sebalik isu jenayah simbahan asid kepada pemain Selangor itu tanpa bukti yang berasas.

Tampil menjawab persoalan itu, TMJ sendiri pelik selepas baginda secara tiba-tiba turut dikaitkan kepada isu jenayah tersebut dan meluahkannya menerusi satu perkongsian video dibuat oleh Bola Tribe.

Video tersebut dirakam ketika TMJ mengikuti satu program podcast dalam program Johor Youth Meetup By Orang Muda Johor (OMJ) sebentar tadi di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri.

“Yang pertama sekali, budak ini adalah budak baik (Faisal). Saya tak tahu hidup peribadi dia, cuma macam contoh apa yang terjadi pada dia tu kita ‘condem’lah.

“Tetapi apa kena mengena dengan saya? Ada orang nak cakap, oh TMJ ‘mastermind’. Eh, kalau saya nak habiskan orang saya ada target-target lebih besar dalam dalam negara ni.

“Yang ambil duit rakyat, yang menyusahkan rakyat, yang bertanggungjawab dengan ‘constitional crisis, yang bertanggungjawab dengan rompak hasil duit rakyat. Yang ni lebih penjenayah bagi saya yang perlu dihapuskan bukan pemain bola sepak.

“He just a footballer, dan takkan la orang Selangor tak boleh berfikir dengan cara rasional. Saya nak habiskan Faisal Halim buat apa?

“Kami JDT, lawan dengan Selangor tahun lepas, 4-0, 4-0, 2-0 Faisal Halim main. Jadi Faisal Halim buat ancaman buat saya. Jadi dia merupakan pemain bagus. Dia main untuk pasukan kebangsaan (Harimau Malaya) dan dia orang yang peramah tetapi kita tak tahu hidup peribadi dia dan tak tahu agenda di sebalik serangan tersebut.

“Tetapi benda-benda macam tu pun orang nak cakap saya buat. Pihak polis buat ‘cover up’ lah, macam-macam. Kalau saya nak buat kerja yang bukan-bukan nak pakai polis, polis sendiri pun saya tak percaya.

“Saya pun rasa macam hina juga. Macam bapuk main buang-buang asid. Macam bapuk. Macam lembik main-main buang asid eh, kalau nak habiskan orang kita habiskan terus.

“Tapi itulah yang saya cakap, macam mana orang boleh tak ada isu semua benda nak kaitkan kat sini,” jelas TMJ.

Pada masa sama, baginda turut menyatakan isu serangan bas skuad The Red Giants diserang sekitar Jakarta dengan ia seolah turut membabitkan TMJ sendiri.

“Saya pun tak tahu macam mana boleh ada konspirasi teori yang melibatkan dengan saya. Pada saya, benda macam tu betul-betul tak logik dan saya baca saya rasa kelakar serta ketawa macam tak ada kerja lain.

Akhir sekali, pemilik JDT itu turut mengakui ada gerakan di luar cuba untuk menghentikan baginda kerana diakui TMJ sangat lantang di negara kini dalam melontarkan pandangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN