Adib Ra’op: “Mak Ayah Pesan Doa & Solat Jangan Tinggal”

Pemain bintang baharu Harimau Malaya, Adib Ra’op mengakui mendapat pesanan terbaik daripada ibu dan bapanya selepas beliau ketika ini bersama skuad kebangsaan untuk mengikuti kem latihan pusat.

Adib menjadi antara rekrut baharu yang dipanggil buat pertama kali oleh Kim Pan-gon selain tonggak serangan Terengganu iaitu Engku Muhammad Nur Shakir bagi menghadapi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Ketika nama beliau diumumkan, rata-rata peminat bola sepak tempatan jelas terkejut kerana ini merupakan detik pertama kali buat pemain tersebut untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Malah, Adib sendiri turut mengakui dirinya secara peribadi turut terkejut selepas aksi beliau mendapat perhatian kejurulatihan pasukan kebangsaan sejak tahun lalu lagi.

Selain itu, keluarga kepada pemain sayap dan pertahanan kiri Penang itu juga dilaporkan terkejut selepas kejayaan Adib untuk menembusi pasukan kebangsaan pada musim ini.

“Saya tak sangka benda itu, sebab saya rasa saya cuma bermain di Pulau Pinang (Penang FC) dan saya tak rasa orang pandang saya.

“Mak ayah sangat bangga. Mereka tak pernah sangka pun benda ini, jadi mereka pesan doa dan solat jangan tinggal,” kata Adib menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro sebelum itu.

Selepas tampil menyerlah bersama Penang sejak beberapa musim, ini menjadi detik terbaik buat Adib untuk menarik perhatian kejurulatihan kebangsaan memilih beliau selaku rekrut terbaharu negara.

Berkelebihan beraksi di posisi sayap serta pertahanan kiri, ianya tidak sukar untuk membuatkan Kim Pan-gon memilih beliau serta menilai sendiri kesesuaian pemain itu untuk Harimau Malaya.

Musim lalu sahaja menyaksikan Adib telah pun beraksi sebanyak 25 perlawanan bersama Penang serta berjaya merekodkan tiga bantuan jaringan secara keseluruhan.

Lebih menarik, pemain kelahiran Perak itu juga kerap diberi peranan selaku pemain sayap selain dominan sebagai pertahanan kiri buat pasukan kerana kelebihan dimilikinya itu.

Malah ketika ini Kim sendiri mengakui Adib memiliki segala kelebihan yang lengkap dan meletakkan harapan tinggi akan kualiti pemain tersebut untuk membantu Malaysia.

Melihat kepada situasi semasa, ada harapan besar untuk Adib menggantikan Faisal Halim di posisi sayap kiri menerusi kualiti permainan dimiliki beliau yang dianggap sesuai mengisi kekosongan tersebut.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN