Kembali Dikaitkan Bersama Kedah, Adakah Liridon Mampu Pacu Sang Kenari Lebih Tinggi?

Nama pemain tengah naturalisasi, Liridon Krasniqi secara tiba-tiba kembali dikaitkan bersama Kedah Darul Aman (Kedah) untuk jendela perpindahan kedua pada musim 2024/2025.

Ini kerana pemain kelahiran Kosovo itu telah pun memberi komen prihatin mengenai nasib Sang Kenari dalam aksi Liga Super sebelum itu sambil bertanyakan bila jendela perpindahan seterusnya.

Nama Liridon bukan lagi suatu yang asing dalam dunia bola sepak Malaysia, apatah lagi buat para penyokong Kedah, kerana beliau pernah menggegarkan Sang Kenari pada suatu ketika selaku pemain import.

Pada awal kemunculan beliau dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), Liridon telah pun merekodkan 10 gol bersama 15 bantuan jaringan dari 32 penampilan buat Sang Kenari.

Selepas beberapa tahun, pemain ini telah pun mendapat kerakyatan menerusi status naturalisasi dan telah pun mewakili skuad kebangsaan untuk beberapa perlawanan dan turut mencipta nama sebagai antara penjaring.

Walaupun sejak beberapa musim ini status permainan Liridon di atas padang sering diragui peminat, tahun lalu menyaksikan beliau berjaya mencipta kebangkitan daripada segi prestasi bersama Terengganu.

Sepanjang bersama Terengganu tahun lalu, perlahan-lahan Liridon bangkit daripada kritikan ramai untuk kembali menjadikannya selaku antara pemain tengah berpengaruh menerusi sentuhan serta skil gelecekannya di atas padang.

Malah, Liridon juga turut mencipta dua gol bersama dua bantuan jaringan sepanjang 27 perlawanan dihadapi ketika bersama Sang Penyu.

Bekas pemain kebangsaan Kosovo itu juga turut mencipta tiga penampilan bersama Terengganu pada saingan lalu di pentas AFC bersama aksi cukup menyakinkan.

Dikaitkan kembali bersama Kedah, ia boleh dianggap sebagai suatu nostalgia terbaik buat para penyokong fanatik pasukan tersebut selepas banyak kejayaan diperoleh mereka suatu ketika bersama Liridon.

Malah, Kedah sebelum ini juga telah membuat beberapa rombakan mampu untuk bangkit kembali positif selepas mereka turut kehilangan bintang naturalisasi tahun lalu, Lee Andrew Tuck.

Apatah lagi Kedah juga kini dilihat telah mengehadkan kuota import demi langkah penjimatan untuk saingan musim ini, dan kemasukan Liridon mungkin dapat mengimbangi kuantiti serta kualiti pasukan menerusi status beliau selaku pemain tempatan.

Daripada segi kualiti, jelas Kedah memiliki isu daripda sudut kreativiti di tengah dengan berbekalkan pemain yang terhad untuk mengharungi musim yang masih panjang.

Apapun, masih belum ada sebarang pendedahan rasmi dibuat oleh Liridon sendiri dan beliau juga belum menyatakan destinasi sebenar untuk masa akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN