Penyerang import Negeri Sembilan, Takumi Sasaki menjadi antara pemain tumpuan untuk aksi minggu ketiga Liga Super 2024/2025 membabitkan antara pasukan itu berdepan cabaran Selangor.
Terdahulu, Negeri Sembilan mencatat kekalahan sulung mereka pada aksi pertama ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi keputusan 1-3 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.
Tatkala ramai menyangkakan skuad Hoben Jang Hoben bakal menjadi pasukan belasahan, jelas Azzmi Aziz memastikan diri mereka mampu sekurangnya untuk memberi sedikit persaingan selain kental menerima asakan bertali arus tuan rumah.
Kelibat pemain dari Jepun, Takumi antara paling mencuri tumpuan pada aksi sulungnya di Malaysia selepas tampil begitu lincah untuk mengatasi pertahanan JDT.
Malah, beberapa peluang turut dicetuskan pemain itu untuk membantu Negeri Sembilan cuba mencipta kejutan mengatasi tuan rumah pada aksi pertama mereka.
Kelincahan, kreatif, serta tekanan tinggi diberikan buat pemain lawan menjadikan beliau sebagai salah satu aset penting buat Negeri Sembilan pada hari ini untuk memberi persaingan buat Selangor.
Apatah lagi gandingan pemain itu bersama barisan pemain tempatan lain juga semakin bagus selain visi dimilikinya untuk membuat hantaran-hantaran berkualiti kepada rakan sepasukan.
Walaupun begitu, cabaran Selangor juga tidak boleh dipandang ringan selepas kejayaan mereka sebelum itu untuk menewaskan Kedah Darul Aman (Kedah).
Atas kertas, kelebihan dilihat lebih terarah buat The Red Giants yang memiliki reputasi serta barisan pemain lebih berkualiti jika dibandingkan pasukan lawan.
Apatah lagi kelibat penyerang muda mereka iaitu Reziq Bani Hani juga tampil begitu menyerlah sewaktu dibawa turun pada separuh masa kedua untuk membantu siri serangan Selangor.
Momentum kemenangan dicatat pada minggu lalu sudah tentu ingin diteruskan oleh Nidzam Jamil pada aksi hari ini dengan Negeri Sembilan sebagai sasaran buat diri mereka untuk mendapatkan tiga mata penuh.
Walaupun begitu, keupayaan pasukan pelawat juga tidak boleh dipandang ringan kerana mereka turut mempunyai beberapa pemain dengan reputasi tinggi untuk cuba mencipta kejutan mengatasi Selangor.
Aksi pada hari ini dijangka bakal tampil sengit dengan kedua pasukan sudah tentu mengimpikan tiga mata penuh serta memberi aksi memberansangkan untuk ditonton semua penyokong.