FAM Sentiasa Telus & Berintegriti Dalam Pentadbiran

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini terpalit dengan suatu tuduhan berat setelah pelbagai persepsi ditimbulkan untuk memberi keraguan buat sesetengah para penyokong negara di media sosial.

Namun begitu, organisasi tersebut kini dilaporkan bebas daripada sebarang unsur rasuah, Isu salah guna kuasa, serta penyelewengan seperti pernah ditularkan menerusi media sosial sebelum itu.

Ianya dilaporkan sendiri menerusi akhbar Berita Harian dengan menyatakan siasatan terdahulu sudah dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah ada dakwaan dibuat kepada badan tersebut.

Antara jadi tumpuan pastinya terarah kepada projek pembinaan National Training Centre (NTC) yang bernilai RM25 juta serta tuduhan berat kepada pucuk kepimpinan FAM sendiri ketika itu.

Terkini, FAM enggan melihat isu tersebut sebagai suatu perkara perlu ditekankan lagi dengan badan itu mahu terus melangkah ke hadapan demi kemajuan bola sepak tanah air.

FAM Bebas Unsur Rasuah & Penyelewengan

Menurut Datuk Noor Azman Rahman selaku Setiausaha Agung FAM, kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM sebelum itu membuktikan organisasi berkenaan sentiasa berintergriti, dan telus untuk menguruskan persatuan.

Bahkan kini, FAM komited untuk meneruskan perancangan mereka dalam memajukan bola sepak Harimau Malaya pada suatu tahap lebih tinggi.

“Alhamdulillah, kenyataan dikeluarkan SPRM menjadikan FAM sentiasa peka dan berhati-hati dalam menguruskan persatuan supaya tiada isu berbangkit.

“FAM tidak mahu lagi memikirkan perkara itu dan akan bergerak ke depan dengan memastikan segala perancangan tidak terbantut.

“Ini termasuklah memastikan projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Putrajaya dibina segera dan berkaitan perkara lain akan ditambah baik kelak,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Sebelum ini, FAM tampil mempertahankan diri mereka kembali selepas beberapa tohmahan buruk dikeluarkan oleh satu surat layang misteri dengan menyatakan ia tidak benar sama sekali.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh Datuk Seri Rosmadi Ismail yang juga merupakan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai tuduhan tersebut.

Menurut Rosmadi, isu dibangkitkan oleh kiriman surat layang itu tidak benar selepas beliau membaca segala tuduhan dikeluarkan termasuk membabitkan kepimpinan atas FAM sendiri.

Jelas beliau, segala dakwaan dikeluarkan termasuk mengenai isu tender untuk projek pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan dianggap cukup berat dan bakal memberi imej buruk buat FAM dalam kalangan ramai.

Malah, ia dianggap bakal menjadi salah satu asbab kepada pembangunan bola sepak di Malaysia selepas segala tuduhan dikeluarkan itu merosakkan nama baik FAM.

Selain itu, ada juga turut mempersoalkan kredibiliti FAM selepas kegagalan Harimau Malaya di pentas Piala Asia 2023, Qatar.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN