FAM Sedia Hantar Pemain Muda ‘Berguru’ Di Luar Negara?

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jelas memandang serius mengenai perkembangan semasa skuad pembangunan negara dengan beberapa perancangan bakal dibuat untuk masa hadapan.

Menurut Datuk Haji Hamidin Mohd Amin selaku Presiden FAM, ketika ini mereka masih menanti beberapa laporan hasil daripada kejohanan Piala Asia bawah 23 (B-23) lalu di Qatar.

Malah, satu mesyuarat bakal diadakan oleh FAM dengan membabitkan Hamidin sendiri untuk melihat sebarang cara bagi kerana ia turut memberi kesan buat skuad pembangunan Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

“Saya sedang menunggu laporan yang akan diberikan oleh Pengarah Teknikal dan kami akan adakan satu mesyuarat untuk menilai secara keseluruhan serta mendengar apa penyelesaian bakal diberikan beliau.

“Jadi kami akan melihat beberapa pandangan dan mungkin bakal mewujudkan kembali skuad Harimau Muda A bawah FAM serta menghantar mereka ke luar negara atau beraksi dalam Liga Malaysia.

“Jadi ini semua akan kami nilai, tetapi yang penting skuad B-23 konsisten melepasi pusingan akhir seperti ditetapkan dalam F:30 sebelum ini.

“Jadi selepas ini kita akan beri fokus untuk aksi Sukan SEA dan juga aksi kelayakan seterusnya, serta tunggu sahaja proses seterusnya,” ulas Hamidin secara eksklusif kepada Semuanya BOLA.

Selain itu, Hamidin juga belum memutuskan perjalanan Juan Torres Garrido bersama skuad B-23 selepas ini dengan beliau mahu melihat hasil laporan serta membuat perbincangan terlebih dahulu.

Harimau Malaya B-23 terdahulu menjadi mangsa kritikan ramai penyokong bola sepak tempatan, selepas mereka tampil lesu dalam kejohanan Piala Asia di Qatar.

Daripada tiga perlawanan diharungi, Malaysia gagal memperoleh sebarang mata apabila merekodkan semua kekalahan di peringkat kumpulan serta hanya mampu mendapatkan satu gol.

Rentetan itu, beberapa perubahan ditagih oleh penyokong kepada FAM supaya skuad pembangunan Malaysia mampu menjadi lebih baik pada masa hadapan demi memberi lebih persaingan kepada negara lain.

Pada masa sama, kami turut bertanya kepada beliau jika saingan liga pembangunan mampu diberi nafas baharu dan bertambah menarik seperti diadakan di Jepun berbanding format terkini.

“Kita perlukan satu ekosistem untuk dibuka dan kita juga sangat harap ia dapat direalisasikan pada suatu hari nanti, tak pasti bila kerana ia memerlukan sokongan daripada banyak pihak,” ujar Hamidin.

Kredit foto: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN