Peminat Tempatan Persoal ‘Kebijaksanaan’ MFL Cakna Isu Kewangan Kelab Liga M

Belum pun saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula, pelbagai persoalan sudah ditimbulkan oleh segelintir peminat bola sepak tempatan terutama sekali membabitkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Salah satu persoalan serta pertikaian yang menarik adalah membabitkan isu kewangan kebanyakan kelab yang bertanding sejak beberapa musim lalu dan menjadi semakin teruk akhir-akhir ini.

Menurut Afiq Shari, beliau juga turut mempertikaikan format di saingan Liga MFL yang dianggap tidak memberi impak positif buat pembangunan bola sepak di Malaysia.

1. Isu kewangan pasukan yang bertanding

“Saya percaya pihak kalian sendiri perasan yang semakin hari semakin banyak pasukan yang mempunyai masalah kewangan.

“Dulu saya sendiri counter isu ini dengan mengatakan pasukan gagal dalam budgeting.

“But now I don’t think it’s the case.

“Hari ini, semua pasukan Liga Super diwajibkan menghantar pasukan simpanan (Piala MFL).

“Ia diibaratkan pasukan perlu menghantar satu lagi pasukan walaupun pasukan ini hanya dibarisi pemain B23.

“Sejak cadangan Piala MFL ini, antara pasukan yang tak mahu sertai Liga Super ialah UiTM, PJ City.

“Melaka United dan Sarawak United tak layak main. Liga M 2022 yang asalnya kita boleh bentuk Liga Super 2023 dengan cadangan 18 pasukan, hari ini cuma tinggal 13 pasukan.

“Dan saya percaya antara punca yang menyumbang kepada hal ini ialah kerana perlu menanggung perbelanjaan satu pasukan lagi.

“Kalau tak, tak boleh main Liga Super. Nak main liga lebih rendah daripada Liga Super, cuma Liga M3/A1/MBSB/ah lantak la apa benda nama dia sekarang”.

2. Format Piala MFL

“Apakah relevannya kita masukkan pemain import dalam Piala MFL ni?

“Kerana nak lebih exposure kepada pemain muda berhadapan pemain import sahaja atau bagaimana?

“Personally saya rasa tidak membawa nilai tambah yang besar dalam pembangunan pemain muda.

“Pendapat saya, kalau pasukan ada pemain muda yang bagus dalam Piala Presiden/Piala Belia, pasukan perlu pinjamkan kepada pasukan pro lain yang boleh beri minit permainan, supaya dia belajar dengan pemain senior lain.

“Bukannya kumpul sekali semua dengan pemain umur sama dan bezanya cuma ada seorang pemain senior dan 2-3 pemain import.

“Pemain import yang ada dalam Piala MFL musim lepas pun bukannya semua berkualiti sangat. Ada pasukan tak daftar import langsung. Jadi objektif tak capai pun.

“Buktinya ada sendiri pada Kelayakan dan Piala Asia B23 baru-baru ini.

“Pemain yang dipanggil minit permainan sangat kurang di peringkat senior. Ada yang cuma main Piala MFL je sepanjang musim. Of course kita akan struggle di kala pemain muda negara lain ramai di pasukan senior.

“Wujudkan kembali Liga Premier. Banyakkan pasukan pro. Kurangkan isu kewangan.

“Dulu kita ada 20 pasukan pro. Kalau katakan ada pemain muda berpotensi di Piala Presiden/Belia, pinjamkan ke divisyen dua. Bukannya peram suruh dia main dengan kawan-kawan dia je. They need minutes in higher stage.

“Apa yang saya lihat sekarang, MFL seolah-olah tak kisah langsung kenapa makin lama bilangan pasukan Liga Super makin kurang. Padahal perkara ini pada saya sangat jelas. Kalau kita cakap MFL gagal, tahu pula marah.

“Kita semua sayang bola sepak Malaysia. Do something,” ulas Afiq di Facebook beliau.

Pandangan anda pula bagaimana dan apa perlu dibuat MFL untuk memastikan masa depan bola sepak Harimau Malaya di pentas antarabangsa?

Menerusi ruangan komen, ramai bersetuju akan pandangan Afiq dengan ada daripadanya menganggap saingan MFL tempat untuk longgokan pemain import.

”Sejak bermula feeder club ni la mcm2 rules pelik. Dlu elok dah liga super liga perdana. Pemain muda pun dapat tempat. Ni semua tempat nak longgok import,” ulas Muhammad Khairil Azmin.

“ Nak tanya MFL buat apa benda ni memang dari basic lagi kita ni kelaut

“Ada ke mak ayah yg betul2 nak anak dia jadi pemain bolasepak professional?

“Bayangkan negara sekecil Croatia tu pun byk mana diorang hasilkan pemain world class. Nota kaki: 10 out last 11 UCL winner ada pemain dari Croatia dlm pasukan.

“Second, ROI kelab bolasepak. Punca terbesar kenapa liga kita hampeh. Gap liga super & liga bawahan terlalu besar. Our second division league is not even competitive.

“Sorry emotional sikit tapi aku dah tawar hati nak layan bolasepak Malaysia. With all due respect, aku sangat puji penyokong bolasepak tempatan. Kesetiaan korang takde tolak banding!

“But for me, I’M SIGNING OFF!,” komen Muhdsyahmi Mohdyusof mengenai rasa kecewa beliau buat liga bola sepak tempatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN