Putrajaya Athletic Mampu Cipta Kejutan Di Kancah Semi-Pro Musim Ini

Nama Putrajaya Athletic secara tiba-tiba menjadi sebutan ramai dalam kalangan peminat kini selepas pasukan tersebut berjaya didaftarkan dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini untuk melengkapkan senarai 16 kelab bertanding.

Selain Putrajaya Athletic, beberapa lagi kelab seperti Kelantan TRW dan Gombak antara bakal menghiasi cabaran liga tersebut pada musim ini untuk menambah kerancakan suasana bola sepak di Malaysia.

Sehingga kini, tidak banyak maklumat dapat dirungkai mengenai penubuhan kelab tersebut dengan mereka turut menandatangani bekas pengendali Kelantan United iaitu Nazrulerwan Makmor selaku ketua jurulatih pasukan itu.

Memiliki pengalaman cukup luas dalam kancah Liga Super, pastinya sentuhan pengendali tersebut ditagih untuk mencipta kejutan positif di saingan tersebut musim ini berdepan kelab pilihan seperti Imigresen FC serta Kuala Lumpur Rovers.

Selain itu, Putrajaya Athletic juga menjadi tumpuan ramai peminat bola sepak tempatan kerana kemampuan mereka untuk mendapatkan ramai bekas pemain bintang Liga Malaysia (Liga M) suatu ketika.

Antara ditandatangani ialah bekas penyerang Kuching City iaitu Nurshamil Ghani, serta bekas pemain Harimau Malaya suatu ketika, Indra Putra Mahayuddin.

Selain itu, mereka juga turut mendapatkan khidmat bekas pemain sayap lincah Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Shazwan Zainon, Latiff Suhaimi, serta Qayyum Marjoni untuk saingan musim ini.

Terbaharu, bekas pertahanan Terengganu musim lalu iaitu Adib Zainudin sah menyertai Putrajaya Athletic untuk terus memperkukuhkan pasukan tersebut di saingan Liga A1 Semi-Pro.

Menurut Nazrulerwan Makmor selaku pengendali kelab tersebut, beliau melihat saingan Semi-Pro itu sebagai suatu yang sangat bagus buat mana-mana pasukan sebelum melayakkan diri ke Liga Super.

“Ini yang kita usahakan supaya kelab tersebut lebih profesional sebelum melangkah ke saingan Liga Super nanti. Secara dasarnya, pengurusan teratas meletakkan KPI buat kami untuk beraksi di pentas tersebut pada tahun 2025/2026.

“Tetapi sebagai jurulatih, saya tampil lebih realistik dengan berada di kedudukan kelima terbaik pun itu sudah menjadi sesuatu kelebihan buat kita.

“Yang paling penting kini adalah kombinasi serta keserasian para pemain untuk kami terapkan dalam pasukan tersebut musim ini,” jelas Nazrulerawan menerusi perkongsian Amateur Football League (AFL) Malaysia.

Pada masa sama, beliau juga mengakui KL Rovers, Imigresen, Harini FT, serta beberapa pasukan lain mampu memberi ancaman besar buat mereka di persaingan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN