Aksi Berbisa Ifedayo Bersama PDRM Raih Pujian Ramai

Kelibat penyerang berbisa baharu PDRM iaitu Ifedayo Olusegun mula mendapat tumpuan ramai pada tempoh pramusim ini, selepas beliau berjaya membuka akaun jaringan ketika aksi persahabatan menentang Kuala Lumpur City (KL City).

Pada aksi yang bertujuan untuk menguji sistem Video Assistant Referee (VAR) itu, Ifedayo tidak mengambil masa lama untuk meledak dua jaringan sebelum kembali diikat oleh KL City pada penghujung perlawanan.

Keputusan penuh perlawanan menyaksikan PDRM terikat bersama KL City dengan pasukan lawan memperoleh gol menerusi pemain Harimau Malaya, Paulo Josue serta Patrick Reichelt.

Kualiti permainan Ifedayo bersama PDRM jelas mendapat maklum balas cukup positif dalam kalangan penyokong selepas ketajamannya masih terserlah walaupun sudah berusia 33 tahun.

Nama Ifedayo bukan lagi suatu yang asing dalam dunia bola sepak tempatan, apabila penyerang kelahiran Nigeria itu sudah pun membuktikan kewibawaan beliau di hadapan gol selama dua musim bersama Selangor suatu ketika.

Malah, pemain tersebut juga memulakan perjalanan beliau sebelum itu bersama Felda United pada tahun 2017 sebelum mengembangkan karier di Malaysia untuk mewakili Melaka United, Selangor, serta Kedah Darul Aman.

Sepanjang menabur bakti di Malaysia, Ifedayo sudah pun beraksi sebanyak 78 perlawanan untuk saingan Liga Super dan merekodkan 74 gol bersama 12 bantuan jaringan bersama kelab berbeza.

Walaupun ada mempertikaikan usia beliau yang semakin meningkat, Ifedayo tidak menjadikan ianya sebagai penghalang apabila penyerang itu membuktikannya bersama Kedah pada tahun lalu bagi aksi Liga M.

Penyerang berbisa itu merekodkan 13 penampilan tahun lalu bersama Kedah dan hanya memerlukan setengah musim sahaja buat dirinya meledak 12 gol bersama satu bantuan jaringan.

Maka tidak hairan mengapa PDRM memilih penyerang tersebut untuk dijadikan sebagai antara sandaran utama mereka pada saingan Liga M musim ini dan dirinya sudah pun membuktikannya.

Menerusi komen di media sosial, ramai penyokong tempatan memberi pujian buat Ifedayo yang masih konsisten walau beraksi untuk pasukan berbeza.

Ada yang berpendapat, Ifedayo sebenarnya patut kekal bersama kelab lamanya pada musim lalu untuk terus mempertajamkan aspek serangan.

Apapun, kelibat Ifedayo akan terus menjadi tumpuan utama pada saingan musim ini dengan rekod peribadi beliau meledak gol dijangka bakal terus meningkat serta memberi nilai positif buat PDRM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN