3 Rekod Buruk Dicatat Malaysia Sepanjang Harungi Kempen Piala Asia B-23

Malaysia bawah 23 (B-23) secara rasminya kini telah pun menamatkan cabaran mereka di pentas Piala Asia B-23 yang berlangsung di Qatar bersama rekod serta aksi ditampilkan cukup mengecewakan.

Mereka menjadi antara pasukan yang tiba lebih awal di Qatar sebelum kejohanan berkangsung, serta Malaysia turut dihantar pulang terlebih dahulu ke Malaysia, ekoran kegagalan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Pastinya ia menjadi suatu kekecewaan cukup besar buat para peminat negara yang mengharapkan skuad muda Malaysia mampu untuk melayakkan diri ke pusingan lebih jauh selepas kegagalan direkodkan pasukan senior kebangsaan pada aksi Piala Asia 2023 lalu.

Namun, ianya menjadi lebih teruk daripada diharapkan dan Harimau Malaya B-23 terperusuk di tangga terbawah peringkat Kumpulan D tanpa sebarang kutipan mata.

Di media sosial, masing-masing memberikan pandangan tersendiri mengenai masa depan bola sepak Malaysia jika dibandingkan oleh negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, serta Vietnam.

Berikut merupakan tiga rekod buruk telah dicipta pasukan kebangsaan bawah kendalian Juan Torres Garrido sepanjang mereka berada di Qatar.

Kutipan kad kuning dan merah

Malaysia menjadi antara negara yang cukup aktif mengumpul kad kuning sepanjang kejohanan ini berlangsung menerusi beberapa kekasaran tidak sepatutnya dibuat oleh pemain muda.

Sepanjang mengharungi tiga perlawanan di peringkat Kumpulan D, pasukan kebangsaan telah pun mengumpul sebanyak 12 kutipan kad kuning bersama 1 kad merah ketika aksi terakhir.

Untuk aksi terakhir sahaja menyaksikan Harimau Malaya B-23 meraih empat kad kuning bersama satu kad merah buat Sikh Izhan Nazrel atas kekasaran beliau bersama penyerang Kuwait.

Rekod satu gol

Pertaruhan Garrido di posisi serangan kali ini jelas mengecewakan apabila bahagian tersebut paling banyak dikritik dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan termasuk penyokong sendiri.

Penampilan Luqman Hakim, Fergus Tierney, Alif Izwan, Haqimi Azim, Mukhairi Ajmal, Daryl Sham, serta Najmudin Akmal gagal untuk memberi impak cukup positif di pentas Asia.

Malah, hanya satu jaringan sahaja mampu diledak Harimau Malaya B-23 melalui penyerang Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Haqimi Azim ketika perlawanan terakhir Kumpulan D menentang Kuwait.

Sumbang 3 kali penalti buat lawan

Ini menjadi faktor paling utama mengapa Malaysia teruk menerima kecaman daripada para penyokong Harimau Malaya sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

Tiga perlawanan dilalui bersama tiga penalti telah diberikan oleh pasukan kebangsaan buat pasukan lawan serta menyumbang kepada kemenangan buat pasukan lawan.

Kekasaran tidak sepatutnya disebabkan oleh kelemahan mental pemain jelas menjadi punca utama kepada permasalahan tersebut dan rekod itu pastinya akan dikenang sebagai antara detik terburuk Malaysia B-23 di pentas Piala Asia B-23.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN