5 Permusuhan Bola Sepak Melibatkan Pasukan Kebangsaan (Bahagian 2)

Dalam bola sepak, permusuhan antara 2 pasukan merupakan sebahagian daripada sebab mengapa bola sepak adalah sukan yang paling kita cinta.

Permusuhan bola sepak ini boleh terjadi bukan sahaja di peringkat kelab sahaja, namun ia melibatkan pasukan kebangsaan juga.

Tempoh hari kami menampilkan bahagian pertama mengenai 5 permusuhan bola sepak yang melibatkan pasukan-pasukan kebangsaan di dunia ini.

Kali ini kami bawakan bahagian kedua untuk siri ini pula!

Cross Border Derby (Mexico – Amerika Syarikat)

usatsi_8854105-1

Perseteruan melibatkan 2 jaguh bola sepak Amerika Utara ini telah bermula sejak 1934 lagi. Pada tempoh awal permusuhan ini, Mexico lebih menguasai perseteruan ini.

Namun menjelang era 1990-an, Amerika Syarikat mula menunjukkan taring mereka seiring dengan pembangunan bola sepak di negara tersebut ketika itu.

Perlawanan ini sering kali menarik ramai penonton ke stadium dengan jumlah kehadiran seramai 100 ribu ketika perlawanan diadakan di Stadium Azteca di Mexico dan 90 ribu penonton di Rose Bowl di Amerika Syarikat.

Pertembungan ini menjadi bualan media, rakyat kedua-dua negara sebelum, ketika dan selepas perlawanan. Sejak Donald Trump menjadi presiden Amerika Syarikat, beliau mempunyai polisi mahu membina tembok besar memisahkan kedua-dua negara.

Tindakan itu dianggap bersifat perkauman oleh ramai pihak. Oleh itu pada perlawanan terbaru mereka pada 11 November 2016, para pemain dari kedua-dua pasukan bergambar bersama-sama sebelum perlawanan tanda solidariti.

mexico-usa-unity-1

Derby of the Alps (Perancis – Itali)

1829922-1

Permusuhan antara 2 negara ini adalah berpunca dari faktor berjiran serta kelaziman para pemain Perancis beraksi di Serie A antaranya Lilian Thuram, Zinedine Zidane dan Marcel Desailly.

Di peringkat antarabangsa pula, kedua-dua pasukan ini sering bertemu di kejohanan-kejohanan utama dunia seperti Piala Dunia dan Piala Eropah.

Antara perlawanan yang paling diingati adalah ketika perlawanan akhir Piala Eropah 2000 dimana Perancis memenanginya melalui gol emas jaringan David Trezeguet.

Dan siapa juga tak boleh lupa perlawanan akhir Piala Dunia 2006? Di mana perlawanan itu dimenangi oleh pasukan Itali menerusi sepakan penalti dan semestinya insiden kad merah Zinedine Zidane!

The German – Dutch Rivalry (Jerman – Belanda)

voller-1

Permusuhan 2 kuasa utama bola sepak dunia ini bermula kerana penjajahan Jerman terhadap Belanda ketika Perang Dunia 2.

Hal ini menyebabkan rakyat Belanda mempunyai sentimen anti-Jerman ketika penjajahan itu.

Pertemuan paling diingati komuniti bola sepak adalah ketika perlawanan akhir Piala Dunia 1974 dimana Jerman yang ketika itu dikenali sebagai Jerman Barat menewaskan Belanda dengan jaringan 2-1.

Mereka sudah bertemu sebanyak 40 kali dalam perlawanan rasmi dengan Jerman menguasai pertemuan antara 2 negara ini dengan 15 kemenangan.

Islamic Derby (Arab Saudi – Iran)

maxresdefault-1

Permusuhan antara 2 negara penuh disebalik unsur-unsur politik antara 2 negara.

Dari sudut politik, Arab Saudi dan Iran sudah lama mahu menjadi kuasa utama di Asia Barat. Permusuhan ini juga terpalit dengan faktor keagamaan dimana Arab Saudi terkenal dengan kepercayaan Sunni manakala Iran pula dengan kepercayaan Syiah.

2 negara ini suda bertemu sebanyak 15 kali dan kesemuannya adalah di pentas kompetitif. Perlawanan terakhir mereka adalah pada 4 tahun yang lalu di kejohanan Piala Asia Barat.

Pertembungan Serumpun (Malaysia – Indonesia)

boaz-solossa-indonesia-vs-mala

Selain dari Singapura, Indonesia juga merupakan antara musuh utama pasukan negara kita.

Perlawanan ini lebih menjurus kepada perseteruan antara penyokong kedua-dua pasukan. Aksi menyuluh laser ke arah mata pemain ketika di padang, rusuhan penyokong dan perang di media sosial antara sebahagian daripada rencah permusuhan 2 negara ini.

Ketika ini, penyokong Indonesia sedang memainkan sentimen “3-0” diatas kemenangan mereka terhadap pasukan negara pada aksi persahabatan yang lalu.

Tetapi adakah mereka lupa jaringan “3-0” yang mereka boloskan di Bukit Jalil pada 2010?

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: 5 Permusuhan Bola Sepak Melibatkan Pasukan Kebangsaan (Bahagian 1)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN