Sekadar Rekrut Import Bertaraf Amatur, Pengurusan Kelantan Masih ‘Cincai’ Buat Kerja?

Kelantan Darul Naim (Kelantan) sekali lagi tampil dengan elemen kejutan untuk saingan musim ini, apabila pengurusan kelab tersebut sah menandatangani empat pemain import baharu dari Korea Selatan.

Keempat pemain tersebut sudah pun diperkenalkan secara rasmi melalui media sosial Kelantan dengan kini mereka telah pun menandatangani lima tonggak import sehingga kini.

Melihat kepada perkongsian, keempat pemain import tersebut yang telah diperkenalkan ialah Ri-Gwan Kim, Ahoe. Koo, Bae Kyong-hwan serta Jung Byung-ju dan mereka dijangka bakal memperkukuhkan skuad utama Kelantan serta berkemungkinan turut membantu pasukan simpanan dalam saingan MFL.

Menerusi pengamatan kami, keempat pemain tersebut hanya beraksi di saingan bawahan Korea Selatan iaitu K4 League bersama kelab simpanan serta ada turut mewakili pasukan universiti di Jepun sahaja.

Ini menjadi detik pertama kali buat keempat tersebut beraksi di saingan divisyen teratas sepanjang karier mereka dan mewakili Kelantan untuk kejohanan Liga Super 2024/2025.

Setelah tampil selaku antara pasukan paling tercorot musim lalu, Kelantan dilihat masih belum serik untuk menandatangani para pemain dari Korea Selatan yang tampil tanpa sebarang rekod gah sebelum ini.

Malah ia telah dibuktikan pada musim lalu ketika mereka menandatangani dua pemain dari Korea Selatan yang turut beraksi di saingan divisyen rendah sebelun itu untuk diperkenalkan dalam aksi Liga Super.

Kedua pemain tersebut pada tahun lalu yang ditandatangani ialah Deok Kim serta Kim Min-kyu dan mereka gagal memberikan sebarang impak positif buat pasukan tersebut.

Melihat kepada barisan empat pemain yang hadir menyertai Kelantan musim ini, jelas mereka masih lagi muda dan tiada sebarang keistimewaan dapat dilihat daripada segi prestasi lalu.

Jika Kelantan ingin memperbaiki reputasi mereka pada musim ini berbanding tahun lalu, ia dianggap sangat sukar jika keempat pemain berkenaan gagal memberi sumbangan besar buat pasukan.

Umum mengetahui kehadiran import buat setiap pasukan adalah sebagai suatu nilai tambah terbaik buat mereka dalam pasukan serta prestasi ditampilkan juga harus lebih tinggi berbanding bakat tempatan.

Namun pada usia masih muda serta tidak mempunyai pengalaman luas di luar negara, adakah keempat pemain ini mampu untuk memberikan sumbangan positif buat Kelantan?

Malah, cara pengurusan pasukan tersebut bekerja juga sedikit diragui apabila mereka masih mempercayai bakat Korea Selatan yang tidak begitu berkualiti sebelum itu untuk diteruskan pula pada saingan musim ini.

Hanya dua pemain import yang memiliki latar belakang berkualiti telah pun diperkenalkan Kelantan musim ini iaitu Oday Kharoub dan pernah mewakili Palestin di pentas Piala Asia 2023, Qatar serta Michal Jerabek dan keempat anak muda dari Korea Selatan itu pula masih samar-samar.

Harus diingat, pentas Liga Super bukan lagi platform untuk mengasah bakat pemain luar negara, apatah lagi dengan kuantiti yang ramai kerana jika tersilap langkah pastinya mereka akan terus terjerumus di kedudukan terbawah seperti tahun lalu.

Malah, untuk mengasah bakat mereka serta meletakkan para pemain import muda itu di pentas Liga MFL juga dianggap kurang sesuai kerana impak bakal diberikan lebih kurang sama sahaja seperti anak-anak muda tempatan lain di sana.

Semoga pihak pengurusan Kelantan lebih bijak selepas ini untuk membezakan antara keperluan dan kehendak selain perlu mengelak daripada isu pembaziran seperti menukar ramai pemain baharu pada pertengahan musim seperti dilakukan pada tahun lalu oleh mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN