Shin Tae-yong Akui Indonesia Kini Berkembang Selaku Generasi Emas Terbaharu

Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong tampil mengakui mereka kini sedang berkembang pesat selaku pasukan generasi emas terbaharu yang makin menyerlah di Asia Tenggara.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh beliau kepada media selepas Sang Garuda tampil unggul menewaskan salah satu kuasa di Asia Tenggara Vietnam sebanyak dua kali bersama aksi cukup menyakinkan.

Pertembungan Indonesia bersama Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di peringkat kumpulan itu menyaksikan ranking mereka juga meningkat secara mendadak dan mula mendapat perhatian ramai.

“Jika diimbas, Vietnam melakukan perkara sama seperti kami buat selama ini di pentas antarabangsa menerusi pencapaian dicatat mereka.

“Harus diakui, Vietnam merupakan antara pasukan sangat kuat sebelum ini. Tetapi generasi emas mereka akan segera berakhir tidak lama lagi,” ulas Shin menerusi kenyataan dikeluarkan oleh CNN Indonesia.

Pada masa sama, pengendali dari Korea Selatan itu mengakui perkembangan bola sepak di Indonesia kian berkembang maju selepas melihat situasi pemain muda mula mendapat tempat bersama skuad senior Sang Garuda.

“Di sisi lain yang kita dapat lihat, Indonesia jelas bergerak semakin pantas untuk menjadikan kami selaku generasi emas terbaharu di pentas antarabangsa.

“Rata-rata pemain yang saya bawa turun berusia bawah 23 tahun ketika berdepan Vietnam dan ianya berlaku sebanyak dua kali sewaktu menentang mereka,” tambah pengendali itu lagi.

Ketika ini, Indonesia menjadi antara negara Asia Tenggara yang berpeluang besar untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga bagi Kelayakan Piala Asia 2026/ Piala Dunia 2027 selepas mereka unggul mengumpul 7 mata keseluruhan daripada empat perlawanan dilalui.

Malah, mereka mengakhiri siri kemarau selama 20 tahun tanpa sebarang kemenangan di Stadium My Dinh ketika mencatat keputusan positif sewaktu bertemu Vietnam baru-baru ini.

Pada perlawanan tersebut, Vietnam terpaksa akur dengan kekuatan Indonesia yang tampil dengan rombakan cukup besar dalam kalangan pemain untuk merekodkan kekalahan 0-3 menerusi jaringan Jay Idzes, Ragnar Oratmangoen, serta bintang muda, Ramadhan Sananta.

Kali terakhir Indonesia mencipta kemenangan ke atas Vietnam pada tahun 2004 dalam saingan Piala AFF menerusi keputusan 3-0 hasil jaringan Mauly Lessi, Ilham Jaya Kesuma, serta Boaz Solossa.

Kejayaan Shin tidak hanya tertakluk kepads skuad senior sahaja, sebaliknya pasukan beliau turut memastikan pasukan B-20 serta B-23 melayakkan diri ke pentas Piala Asia.

Dalam Piala Asia 2023 di Qatar, Shin turut memastikan sejarah baharu terlakar oleh Sang Garuda selepas kejayaan mereka untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik bersama aksi cukup menyakinkan.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN