RASMI: Bekas Pemain Kebangsaan Serbia Jadi Pilihan Sri Pahang Untuk Posisi Pertahanan

Sri Pahang secara rasminya menandatangani pemain import kedua baharu mereka pada musim ini untuk memperkukuhkan aspek pertahanan mereka dalam aksi Liga Malaysia (Liga M) iaitu Aleksandar Cvetkovic.

Ianya diumumkan sendiri secara rasmi oleh laman berkenaan dengan menyatakan Cvetkovic selaku rekrut terbaharu mereka pada saingan akan datang.

Untuk rekod, Tok Gajah secara rasminya melepaskan dua pemain import mereka pada musim lalu iaitu Michael Glassock serta tonggak dari Uzbekistan, Sherzod Fayziev.

Menerusi keputusan tersebut, sudah tentu Fandi mempunyai rancangan untuk mendapatkan tonggak pertahanan baharu yang jauh lebih menyakinkan berbanding musim lalu.

Rekod tahun lalu menyaksikan Sri Pahang menjadi antara pasukan paling tidak konsisten di posisi pertahanan dengan banyak kesilapan dibuat Tok Gajah yang menyebabkan mereka gagal memperoleh tiga mata penting.

Disebabkan itu, kehadiran Aleksandar dijangka mampu untuk mengatasi masalah tersebut menerusi pengalaman serta rekod permainan lalu milik beliau bersama beberapa kelab.

Untuk rekod, ini menjadi detik pertama kali buat Aleksandar untuk beraksi di Malaysia selepas beliau banyak menghabiskan masa di saingan Serbia serta Switzerland.

Sebelum ini, Aleksandar beraksi untuk FC Aarau dalam saingan divisyen kedua di Switzerland iaitu Swiss Challenge League dengan mencipta 16 penampilan secara keseluruhan.

Secara keseluruhan, Aleksandar sudah pun beraksi sebanyak 52 penampilan secara keseluruhan buat FC Aarau sejak musim 2021/2022 dan telah pun merekodkan lima jaringan bersama pasukan tersebut.

Malah, Aleksandar juga pernah diberi peluang sebanyak dua kali untuk mewakili skuad Serbia bawah 20 (B-20) ketika mereka beraksi dalam aksi persahabatan.

Pada usia 28 tahun, Aleksandar boleh dianggap sebagai pemain yang serba lengkap di posisi pertahanan tengah serta memiliki keupayaan beraksi di sebelah kiri serta kanan dengan begitu baik.

Sebelum itu, pasukan tersebut juga sah menandatangani khidmat penyerang import dari Ukraine iaitu Mykola Ahapov dan beliau sudah pun diperkenalkan secara rasmi melalui laman Tok Gajah.

Malah, Sri Pahang juga sah mendapatkan pemain import secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Manuel Hidalgo untuk terus memperkukuhkan aspek serangan pasukan pada saingan akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN