Bruno Suzuki Kongsi Pengalaman Pertama Kali Jalani Ibadah Puasa

Penyerang lincah PDRM, Bruno Suzuki antara saudara islam baharu yang menjalani ibadah puasa pada tahun ini buat pertama kali di Malaysia dan beliau telah pun berkongsikan pengalamannya sejak awal Ramadan lalu.

Bruno yang sah memeluk agama islam pada tahun lalu mengucap kalimah syahadah di hadapan Ustaz Arif M Rajoli dan disaksikan oleh Komandan Pulapol Kuala Lumpur (KL), Senior Asisten komisioner Noor Hisam Nordin serta barisan pengurusan, jurulatih dan pemain PDRM menerusi perkongsian Harian Metro.

Tampil beraksi lama dan terbiasa dengan masyarakat islam di Malaysia, maka tidak pelik buat pemain ini mendapat hidayah selepas melihat rakan-rakannya itu untuk beliau memilih islam pada tahun lalu.

Menurut Bruno, beliau jelas gembira kerana berjaya menyempurnakan puasa pertama beliau dengan baik pada Selasa lalu walaupun sebenarnya memiliki hasrat untuk berhenti separuh hari sahaja.

“Ini pengalaman pertama saya berpuasa selaku saudara baru selepas memeluk agama Islam tahun lalu. Sebelum masuk Islam, saya selalu melihat rakan-rakan sepasukan berpuasa di bulan Ramadan.

“Tapi kali ini saya berpeluang melaksanakannya dan ia pengalaman baru buat saya. Asalnya saya ingat mahu puasa setengah hari saja, tapi saya berjaya menahan dahaga hingga waktu berbuka.

“Terus terang saya katakan, memang nikmat rasanya apabila dapat berbuka dengan meminum air untuk membatalkan puasa dan selepas itu saya memakan kurma. Saya tak pernah rasa senikmat itu, inilah orang kata nikmat apabila berpuasa.

“Saya memang gembira dapat berpuasa penuh pada hari pertama (Selasa lalu), dan saya mahu terus berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan ini,” kata Bruno menerusi perkongsian Harian Metro.

Pemain yang memiliki darah kacukan Brazil-Jepun itu turut mengakui dirinya gemar ke bazar untuk mencari aneka juadah makanan sejak dirinya masih belum memeluk islam.

“Saya suka pergi bazar, sebelum masuk Islam pun saya selalu pergi untuk mendapatkan juadah makanan. Banyak pilihan yang ada dan saya suka makan nasi lemak dan nasi ayam.

“Murtabak pun saya makan kerana ia macam roti canai dan sungguh sedap. Sekarang saya sudah mula berpuasa dan aktiviti ke bazar adalah acara wajib,” jelas beliau lagi.

Ketika ditanya mengenai sasaran Bruno untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) akan datang, beliau mahu menambah koleksi gol serta meletakkan PDRM di kedudukan lebih baik.

“Musim lalu saya menjaringkan 10 gol. Bagi musim ini, saya mahu menjaringkan lebih banyak gol sekurang-kurangnya 15 gol pada musim ini dan memastikan PDRM FC dapat menamatkan saingan di lima kelompok terbaik,” katanya akhir sekali.

Bruno menjadi antara nama yang cukup sinonim dalam kalangan peminat bola sepak tempatan kerana beliau sudah berada lama di Malaysia untuk mewakili pelbagai kelab.

Negeri Sembilan, Terengganu antara pasukan yang mula menaikkan karier beliau sebelum ini sebelum beliau terus mencipta nama bersama PDRM.

Malah, Bruno juga sempat beraksi di Thailand sebentar bersama Bangkok FC sebelum kembali memilih Malaysia untuk memperkukuhkan PDRM pada saingan musim lalu.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN