Indonesia tampil dengan begitu optimis untuk saingan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung tidak beberapa hari lagi di Qatar selepas pelbagai persiapan telah dibuat dengan begitu rapi.
Bawah kendalian Shin Tae-yong, Sang Garuda buat berjaya melayakkan diri secara merit ke pentas terbesar Asia bersama skuad yang begitu gah di segenap posisi.
Persiapan yang dilakukan mereka juga tidak sebarangan, selepas Indonesia berad di Turki sebelum itu untuk membuat kem latihan pusat di sana.
Daripada segi mentaliti, pasukan tersebut juga dilaporkan berada dalam keadaan terbaik serta sedia untuk berdepan dengan mana-mana negara lain.
Terdahulu, Indonesia telah diletakkan dalam Kumpulan D untuk bersama-sama Jepun, Iraq, serta Vietnam yang dianggap sangat kuat untuk dihadapi Sang Garuda.
Walaupun begitu, penjaga gol Indonesia iaitu Ernando Ari tampil optimis dengan pasukan mereka untuk menghadapi tiga perlawanan tersebut di peringkat kumpulan.
Jelas Ernando, beliau dan rakan sepasukan lain kini semakin bertambah positif selepas mengharungi sesi latihan beberapa hari secara intensif di Turki.
Malah, Ernando juga mengatakan mereka langsung tidak gentar kini untuk menghadapi saingan dalam Kumpulan D berdepan cabaran Jepun, Iraq, dan Vietnam.
“Pada pandangan saya, para pemain kini semakin bersedia untuk kejohanan Piala Asia dan saya sendiri melihat perkembangan mereka dengan begitu positif sekali.
“Kami juga telah membuat persediaan sebaik mungkin kini untuk menghadapi kejuaraan Piala Asia tidak beberapa hari sahaja lagi dengan konsisten,” kata pemain tersebut menerusi Bola.com.
Selain itu, pertahanan kental Sang Garuda iaitu Wahyu Prasetyo tampil dengan optimis mengenai skuad diwakilinya itu berpeluang mara ke pusingan 16 terbaik.
“Saya rasa kami kini sudah bersedia untuk mengharungi saingan Piala Asia dan pastinya kami berharap untuk lolos ke pusingan 16 terbaik bagi kejohanan tersebut,” kata pemain tersebut.
Di Turki, Indonesia bakal menghadapi tiga perlawanan persahabatan dengan aksi bertemu Libya sebanyak dua kali serta Iran sebelum mereka mengumumkan senarai akhir pemain ke Qatar.
Keputusan terbaharu menyaksikan Indonesia mencatat kekalahan besar 0-4 di tangan Libya bagi aksi persahabatan pertama di Turki.