Sri Pahang ‘Tempang’ Tanpa 5 Tonggak Utama Berdepan KL City

Sri Pahang dilihat bakal berdepan laluan berliku untuk aksi terakhir Liga Super 2023 hari ini dengan perlawanan seterusnya membabitkan pasukan tersebut menentang Kuala Lumpur City (KL City).

Terdahulu, Sri Pahang dilihat tidak dapat mengubah kedudukan mereka lagi untuk aksi terakhir ini dengan pasukan itu bakal berada di tangga kelima pada musim 2023 untuk aksi Liga Super.

Tampil dengan tiga kekalahan berturut-turut menyaksikan pasukan itu gagal untuk menggunakan peluang dengan mendapatkan sebarang mata bagi mengintai peluang kepada kedudukan keempat terbaik musim ini.

Pastinya pengendali mereka, Fandi Ahmad enggan momentum kekalahan itu diteruskan dengan aksi terakhir ini mahu dinoktahkan kepada kemenangan.

Sekurangnya ia mampu memberi sedikit kegembiraan buat para penyokong Tok Gajah yang sebelum itu diamuk duka menerusi rentetan kekalahan dialami pasukan kesayangan mereka.

Malah ia turut ditegaskan sendiri oleh Fandi Ahmad yang mahukan para pemain kendaliannya supaya berusaha sehabis baik untuk memastikan tiga mata dapat digenggam sebelum saingan berakhir.

“Saya harap barisan pemain yang disenaraikan esok, dapat beraksi pada tahap terbaik sebagai penamat Sri Pahang musim ini.

“Namun, KL City sudah pasti mahu mengutip tiga mata. Oleh itu, semua pemain perlu berhati-hati dan konsisten sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

“Tiada yang mustahil walaupun beberapa pemain utama tidak beraksi akibat kecederaan dan digantung perlawanan termasuk ketiadaan dua import (Kevin Ingreso dan Lucas Silva),” katanya menerusi laporan daripada Berita Harian.

Pada masa sama, tiga lagi pemain dijangka turut terlepas untuk aksi malam ini iaitu Sergio Aguero, Nur Shamie Iszuan Amin dan Fadhli Shas yang tidak dapat disenaraikan.

Jelas Fandi, Aguero dan Shamie terpaksa diketepikan kerana kedua pemain tersebut mengalami kecederaan, manakala Fadhli Shas pula masih menjalani hukuman penggantungan permainan.

Selain kehilangan ramai tonggak, Sri Pahang juga bakal menghadapi KL City malam ini di gelanggang lawan dan turut sebagai status pelawat untuk memberi kelebihan buat skuad kendalian Nenad Bacina.

Apapun, kedua perlawanan malam ini dijangka bakal tampil dengan sengit kerana masing-masing sudah tentu tidak ingin keciciran sebarang mata pada aksi terakhir Liga Super 2023.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN