Tan Cheng Hoe Enggan Lihat Selangor Kena ‘Belasah’ Di Pentas Asia

Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe mengakui pelbagai persiapan perlu dilakukan beliau bersama pasukan tersebut sebelum mereka mengharungi saingan di pentas AFC pada musim hadapan.

Terdahulu, Selangor berjaya melayakkan diri ke saingan AFC musim 2024, selepas pasukan tersebut secara rasminya muncul selaku naib juara Liga Super bagi edisi 2023.

Kejayaan tersebut berjaya terhasil selepas Selangor menumbangkan cabaran Kedah Darul Aman (Kedah) di Stadium Darul Aman (SDA) menerusi kemenangan tipis 1-0.

Jaringan tunggal daripada penyerang sensasi mereka iaitu Ayron Del Valle sudah cukup untuk mengesahkan status Selangor pada musim ini selaku naib juara Liga Super 2023.

Musim ini menyaksikan Cheng Hoe berjaya membawa Selangor berada di landasan tepat selaku antara pasukan terbaik dalam negara menerusi konsistensi daripada segi corak permainan.

Harapan peminat sebelum ini yang melaungkan hasrat untuk ke pentas Asia juga berjaya direalisasikan oleh Cheng Hoe untuk saingan musim hadapan dengan begitu gemilang pada penghujung musim 2023.

Apapun, kini pengendali tersebut perlu memberi fokus terbaik untuk membuat persiapan rapi bagi mengelakkan nama pasukan tersebut calar di pentas antarabangsa.

Jelas Cheng Hoe, kini persaingan di pentas Asia sedang mengalami perubahan selepas prestasi pasukan beraksi dalam kejohanan tersebut jelas semakin meningkat.

Pengendali tersebut juga mahu para pemain Selangor untuk menggunakan masa yang ada bagi memperbaiki kualiti serta kemahiran mereka untuk mengelak The Red Giants daripada menjadi pasukan belasahan.

“Peringkat Asia kita kena betul-betul bersedialah kita tak boleh ambil mudah, kalau kita lihat tahap Asia sekarang dah berubah dan banyak kelab dan pasukan sedang meningkat naik.

“Apa yang penting kita masih ada masa lagi untuk membuat persediaan dan pemain sendiri berpeluang tingkatkan kemahiran mereka.

“Saya harap semua lebih bersedia (kerana) kita tak mahu bermain di peringkat Asia kita dibelasah oleh pasukan lawan,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Selepas kali terakhir mereka beraksi di saingan AFC pada tahun 2016, Selangor bakal beraksi lagi pada tahun hadapan dengan cabaran lebih getir mungkin akan dihadapi pasukan tersebut.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN