Sri Pahang Hadapi Situasi Berliku Untuk Aksi Berdepan JDT

Sri Pahang dijangka bakal berdepan aksi berliku untuk aksi Liga Super 2023 hari ini dengan perlawanan seterusnya membabitkan pasukan tersebut menentang cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT).

Apa tidaknya, skuad kendalian Fandi Ahmad ketika ini masih lagi segar dengan kekalahan mengejut 2-3 kepada Penang pada aksi lalu bersama persembahan tidak menyakinkan.

Sri Pahang sebenarnya menjadi pasukan yang sangat konsisten pada awal musim 2023, selepas mereka tidak mencatat sebarang kekalahan selepas mengharungi beberapa perlawanan Liga Super.

Malah prestasi ditampilkan oleh sesetengah pemain seperti Stefano Brundo, Azam Azih, serta beberapa lagi tonggak ketika itu menampilkan corak permainan sangat menyakinkan ketika menghadapi pelbagai pasukan lawan.

Namun konsistensi pasukan tersebut perlahan-lahan mulai menurun selepas prestasi ditampilkan mereka di atas padang begitu mudah dijangka pasukan lawan.

Malah, prestasi sesetengah pemain juga dianggap tidak lagi memberikan impak besar buat pasukan seperti Izham Tarmizi dan beberapa lagi nama sehingga menimbulkan kritikan besar dalam kalangan para peminat menerusi media sosial.

Untuk aksi hari ini, Sri Pahang bakal berdepan cabaran menentang JDT di Stadium Darul Makmur (SDM) dalam usaha mereka untuk mengelak daripada kekalahan berterusan sebelum saingan liga tamat.

Menerusi situasi semasa, keadaan dilihat sukar buat Sri Pahang untuk mendapatkan mata di laman sendiri selain pasukan tersebut terus memperkukuhkan aspek pertahanan.

Berbanding JDT, pasukan ini dilihat tidak berada dalam sebarang tekanan untuk terus mendapatkan tiga mata walaupun mereka sudah pun mengesahkan kejuaraan lebih awal.

Kelebihan JDT paling utama pastinya terarah kepada kualiti para pemain mereka di segenap posisi yang seimbang untuk berdepan Sri Pahang walaupun di gelanggang pelawat.

Pemain seperti Arif Aiman Hanapi, Afiq Fazail, Bergson da Silva, Fernando Forestieri antara yang dijangka bakal menjadi tumpuan utama untuk membantu kekuatan pasukan tersebuy malam ini.

Rekod perlawanan lalu menyaksikan JDT mudah mengatasi Sri Pahang menerusi keputusan penuh 2-0 hasil ledakan Bergson serta Forestieri di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Apapun, Sri Pahang perlu membuat persediaan bukan sahaja daripada percaturan taktikal dengan mental para pemain juga perlu kuat untuk berdepan cabaran getir daripada JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN