Bintang handalan Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe tampil menghentam corak permainan Newcastle United selepas kedua-dua pasukan itu terikat 1-1 dalam saingan Champions League kemarin.
Alexander Isak membuka tirai jaringan untuk Newcastle United pada minit ke-24 permainan dalam perlawanan yang dilangsungkan di Parc des Princes itu.
Skuad kendalian Eddie Howe itu pada awalnya merasakan yang mereka sudah berjaya membawa pulang tiga mata penuh dari perlawanan tersebut.
#NUFC
That arrogant tw*t. Best player in the world, my arse, in two games he couldn't lay a glove on us from open play. He had nothing.'They have nothing' – Kylian Mbappe accused of disrespecting Newcastle United https://t.co/ISJXvuGtdg
— Paul Palpatine (@Magman55) November 29, 2023
Walau bagaimanapun, telah berlaku satu kontroversi panas ketika akhir-akhir minit perlawanan yang menyebabkan keputusan perlawanan berubah.
Pengadil mendakwa bola hantaran Ousmane Dembele terkena tangan Tino Livramento walaupun ia terkena badan dahulu sebelum ke tangan.
Para pemain PSG meluru ke arah pengadil perlawanan, Szymon Marciniak untuk menuntut sepakan penalti atas hal tersebut.
VAR kemudiannya masuk campur, seterusnya menghadiahkan sepakan penalti kepada PSG dengan Kylian Mbappe tenang menyempurnakannya untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1 pada masa kecederaan permainan.
Skuad kendalian Luis Enrique itu boleh dikatakan mendominasi sepenuhnya perlawanan dengan mereka mencatatkan 31 shots sepanjang permainan.
Newcastle United sementara itu gagal untuk mencipta sebarang percubaan selepas mereka memperoleh gol pertama menerusi Alexander Isak.
Kylian Mbappé (24) reacts to PSG's draw against Newcastle:
"It's frustrating because we dominated from start to finish. They have nothing. We had too many clear chances and we should have easily won the match." (C+)https://t.co/I3J6yIUgIh
— Get French Football News (@GFFN) November 29, 2023
Peminat dan ramai bekas pemain turut menghentam VAR kerana menghadiahkan sepakan penalti kepada PSG dan rata-rata dari mereka menganggap kemenangan Newcastle dirompak.
Ketika seluruh peminat menghentam PSG kerana mengharapkan bantuan VAR untuk menjaringkan gol, Kylian Mbappe tampil menghentam corak permainan The Magpies.
Bukan hanya menghentam corak permainan Newcastle, Mbappe juga turut yakin yang PSG sepatutnya boleh menang besar dalam perlawanan bertemu kelab dari saingan Premier League itu.
Dalam satu temu bual, Mbappe menghentam corak permainan Newcastle dengan beliau turut mengakui ketumpulan jentera serangan skuadnya.
“Ia sangat mengecewakan kerana kami mendominasi pasukan ini dari awal hingga akhir.”
“Mereka tak ada apa-apa. Kami tahu itu permainan mereka untuk terlihat tak ada apa-apa, tapi kami sepatutnya menghabiskan peluang kami dengan lebih baik.”
“Kami ada terlalu banyak kesempatan untuk aksi dalam saingan Champions League. Ia bukan kerana struktur atau organisasi, ia kerana kami para pemain. Kami sepatutnya lebih tajam di hadapan gol.”
Kylian Mbappe claims Newcastle have nothing – but after a brave performance on a frustrating night in Paris, Eddie Howe's men still have everything ahead of them.
A reflection on the latest step on #NUFC's Champions League adventure via @3AddedMinutes.https://t.co/UIjzZAnBee
— Mark Carruthers (@MarkCarruthers_) November 29, 2023
Kylian Mbappe turut percaya yang mereka sepatutnya boleh mencatatkan kemenangan besar bertemu Newcastle kemarin.
“Dalam perlawanan yang sukar, kita sepatutnya menghukum, kita ada terlalu banyak kesempatan. Kebiasaannya kita sepatutnya perlu menang perlawanan dengan margin yang besar.”
“Tak ada yang patut membuatkan kami rasa lega. Kita sepatutnya terus berada di bawah tekanan kerana kita ada perlawanan untuk dimenangi dan kita akan ke sana untuk memenanginya.”
Kenyataan Mbappe mungkin benar andai jentera serangan PSG lebih berfungsi dalam perlawanan kemarin.
Hal ini kerana PSG sememangnya memiliki begitu banyak kesempatan untuk menambah jaringan namun malangnya mereka gagal untuk memanfaatkan kesempatan tersebut.
Mujur saja mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit akhir permainan, dan hal itu lah yang membantu mereka untuk sekurang-kurangnya memperoleh satu mata dari perlawanan itu.
Paris Saint-Germain wajib menang aksi terakhir peringkat kumpulan mereka bertemu Borussia Dortmund dalam usaha untuk layak ke peringkat kalah mati.
Seandainya mereka tewas, PSG perlu berharap agar Newcastle United dan AC Milan bakal mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan terakhir mereka.
"They had nothing, we knew it was their game to have nothing."
Kylian Mbappe lamented Paris Saint-Germain's failure to convert their opportunities as they were held to a 1-1 draw by Newcastle United in the Champions League group stages.https://t.co/VJZrh7cR7L
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) November 29, 2023
Borussia Dortmund sementara itu sudah mengesahkan tempat untuk mereka layak ke peringkat kalah mati, sementara satu lagi tempat masih terbuka untuk kesemua Newcastle United, AC Milan dan Paris Saint-Germain.