Infantino Mahu Bersihkan Benda-Benda Meragukan Dalam Perpindahan Pemain

Presiden FIFA, Gianni Infantino memandang serius isu perpindahan pemain yang boleh membawa kepada permasalahan lain dalam bola sepak.

Pada hari ini terlalu banyak isu yang berkait rapat dengan perpindahan pemain.

Aliran Transaksi Perpindahan Pemain Semakin Kompleks

Infantino mengakui, mereka berhadapan dengan kesukaran untuk memastikan sesuatu perpindahan itu benar-benar bersih.

Infantino berkata:

“Sama ada betul ataupun tidak, hakikatnya kita sentiasa mendengar pelbagai keraguan berlaku setiap kali musim perpindahan pemain.”

“Saya tahu, ia amat penting untuk menjana beberapa bilion dolar dalam satu atau dua bulan, namun begitu anda perlu memastikan setiap perpindahan berlaku dengan cara yang bersih .”

Infantino mengakui, FIFA berhadapan dengan cabaran besar untuk meneliti aktiviti dan aliran wang dalam perpindahan pemain. Ini kerana aliran wang semakin kompleks dan melibatkan banyak pihak.

paul-pogba-mino-raiola

Sebagai contoh, bayaran dibahagikan di antara kelab-kelab yang terlibat. Seterunsya melibatkan ejen, pemain dan banyak lagi.

Tambah beliau lagi:

“FIFA bertanggungjawab dalam mengawal selia perpindahan antara kelab-kelab di negara-negara yang berbeza berdasarkan perjanjian 2001 dengan Suruhanjaya Eropah.”

“Selepas 15 tahun, sudah tiba masanya untuk menyemak semula dengan serius untuk memastikan peraturan baru yang lebih transparen.”

Lambakan Pemain

Antara isu yang dipandang serius oleh Infantino adalah lambakan terlalu ramai pemain, terutamanya pemain muda yang akhirnya menjurus kepada terlalu ramai pemain dipinjamkan ke kelab lain.

Apabila dipinjamkan ke kelab lain, pembangunan pemain tersebut kadangkala tidak begitu diambil serius. Ini kerana banyak kelab meminjam pemain mahukan hasil berbanding untuk membangunkan pemain yang bukan milik mereka.

Selain itu, FIFA turut menerima rungutan dan aduan dariapada beberapa kelab yang kecil di Eropah. Mereka mengadu kelab-kelab yang besar besar terlalu banyak menyimpan pemain yang berbakat pada usia yang sangat muda.

Mereka enggan menjual atau melepaskan pemain tersebut dan lebih memilih untuk meminjamkan mereka. Jika ada pemain yang mereka mahu jual, ia pada paras harga yang terlalu tinggi.

Pada masa ini, Chelsea dilaporkan ada sejumlah 37 pemain yang mereka pinjamkan ke kelab lain. Infantino mengulas hal tersebut dengan berkata :

loan

“Saya yakin ia perkara yang tidak betul tetapi ia dibenarkan,”

“Ia bukan sesuatu yang baik untuk pembangunan pemain yang berbakat apabila mereka disimpan terlalu ramai di sana-sini.”

“Oleh itu, saya rasakan isu had saiz skuad mungkin boleh mengurangkan masalah itu.”

Infantino mengambil contoh seorang pemain namun beliau tidak menyebut nama. Namun wartawan percaya Infantino merujuk kepada Benik Afobe.

Infantino berkata.

“Dia menandatangani kontrak profesional dengan Arsenal pada tahun 2010, namun kemudiannya telah dipinjamkan ke enam buah kelab yang berbeza dalam tempoh lima tahun sebelum dijual kepada Wolverhampton Wanderers pada tahun 2015.”

afobe

“Kini beliau bermain bersama Bournemouth.”

Selain daripada Chelsea, pasukan besar yang lain yang meminjam keluar terlalu ramai pemain muda termasuk Manchester City, AC Milan, Inter Milan, Juventus dan Atalanta.

Baca juga : FIFA Perkenal Best Football Awards, Peminat Boleh Undi Pemain Terbaik Dunia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN