Syafiq Ahmad Beri ‘Isyarat’ Penting Buat Kim Pan-gon Sebelum Saingan Piala Asia Bermula

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad membuktikan diri beliau masih lagi relevan selaku salah seorang penyerang tempatan berbisa pada musim 2023 ketika aksi separuh akhir Piala Malaysia.

Syafiq menjadi antara pemain yang dipertikaikan oleh kebanyakan penyokong Harimau Malaya yang kononnya beliau semakin hilang taring pada musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Malah, penyerang tersebut juga jelas tidak mendapat perhatian Kim Pan-gon di pentas antarabangsa, dengan beliau jelas dipinggirkan sepenuhnya pada tahun ini.

Namun, Syafiq berjaya mencipta impak tersendiri semalam dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia 2023, selepas beliau berjaya meledak dua gol buat JDT dalam hanya tempoh lima minit.

Malah, Syafiq juga merupakan pemain gantian yang dimasukkan pada separuh masa kedua dan beliau membuktikan dirinya kini masih lagi relevan buat skuad kebangsaan.

Pada perlawanan tersebut, kelibat pengendali negara Kim turut kelihatan selepas beliau dilaporkan memantau para pemain JDT dan Perak untuk dinilai sebelum aksi kelayakan Piala Dunia 2026 berlangsung tidak lama lagi.

Posisi utama serangan negara kini dilihat sedikit pincang, selepas ianya dibuktikan pada saingan Pestabola Merdeka 2023 lalu dan dikritik hebat oleh para pemerhati bola sepak negara.

Pada saingan tersebut, hanya Darren Lok seorang sahaja merupakan penyerang tulen yang dibawa menyertai kejohanan tersebut dan nama Syafiq terus disisihkan.

Malah ianya turut dipertikaikan sendiri oleh pemilik JDT, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai keputusan Kim untuk tidak menyenaraikan pemain tersebut dalam saingan Pestabola Merdeka 2023.

“Tetapi saya juga ingin pesan kepada Kim supaya jangan lupa kepada Syafiq Ahmad dan Syahmi Safari,” jelas TMJ dalam program Nindia sebelum ini.

Menurut baginda, kedua pemain tersebut sepatutnya perlu ada bersama skuad kebangsaan kerana mereka jarang mengecewakan TMJ dalam setiap perlawanan diturunkan.

Jelas TMJ lagi, baginda terpaksa menghormati pendapat Kim walaupun isu tersebut sebelum ini pernah dibangkitkan mengenai pemilihan pemain.

Malah, pemilik JDT itu turut mengulas tentang isu minit permainan yang sebelum ini pernah dibangkitkan segelintir penyokong bola sepak tempatan dengan memberi Akhyar Rashid sebagai contoh terbaik.

Mengulas kembali pada perlawanan separuh akhir tersebut, Syafiq berjaya meledak dua gol dalam tempoh lima minit sahaja dan keputusan penuh menyaksikan JDT berpesta jaringan menerusi keputusan penuh 8-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Pada pandangan anda, adakah Syafiq akan kembali diberi peluang untuk menyarung jersi Harimau Malaya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN