‘Demi Impian’- Kenali Yuto Kusaba, Pemain Asia Pertama Beraksi Di Kenya

Penyerang muda dari Jepun, Yuto Kusaba mencipta sejarah tersendiri selepas beliau menjadi pemain Asia pertama yang beraksi dalam saingan divisyen satu Kenya bersama Nairobi City Stars.

Untuk rekod, ketika ini hanya Yuto sahaja merupakan pemain yang berasal dari benua Asia dan beraksi di Kenya dengan status kelab profesional.

Sebelum itu, beliau memulakan karier di sana bersama Eazy Akashi dan kelab di divisyen kedua Kenya, FC Zenshin sebelum akhirnya memuktamadkan masa depan baharu lebih cerah buat Nairobi City Stars.

Yuto menandatangani kontrak bersama kelab tersebut pada Ogos lalu dan perjalanan beliau untuk beraksi di peringkat tertinggi di Kenya bukanlah sesuatu yang mudah dan memberi inspirasi cukup tinggi buat semua pemain bola sepak muda seperti dirinya.

Jelas Yuto, sebelum menyertai pasukan tersebut pelbagai halangan perlu dilalui dirinya selepas isu kontrak, visa, pendaftaran, dan pelbagai lagi menjadi antara cabaran buat anak muda dari Jepun itu.

“Saya menyertai kelab profesional dari Kenya, tetapi masalah sering melanda seperti isu kontrak, visa, pendaftaran, serta pelbagai lagi perkara lain.

“Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk orang asing beraksi di Kenya, tetapi jika anda mempunyai semangat ‘hakuna matata’ dalam diri, segalanya dapat dilalui,” ujar Yuto menerusi laman Nairobi News.

Penyerang berbakat tersebut sebenarnya sudah pun memiliki impian sebelum itu untuk beraksi di pentas tertinggi Kenya bersama salah satu pasukan profesional.

“Saya menyasarkan diri untuk menandatangani kontrak profesional di Kenya dengan menjadi pemain pertama dari Jepun menandatangani kontrak profesional pertama dalam saingan negara ini,” kata Yuto pada April lalu sebelum kini berjaya direalisasikannya.

Berada di Kenya sebagai satu-satu pemain bola sepak dari Asia bukan suatu yang mudah buat Yuto dan inilah subjek pembelajaran cukup penting untuk semua tunas-tunas muda sebagai sumber motivasi.

Yuto meninggalkan kampung halaman pada usia masih muda untuk berada di Kenya demi mengejar cita-citanya selaku pemain bola sepak profesional.

Selain itu, beliau juga sedar bukan hanya bakat bola sepak sahaja penting di Kenya, tetapi bagaimana pemain itu perlu berasimilasi di sana untuk memahami pertuturan rakan sepasukan serta kejurulatihan bagi memudahkan dirinya di atas padang pada hari perlawanan serta ketika sesi latihan.

Walaupun pencapaian Yuto mungkin dianggap biasa, tetapi inspirasi disemai penyerang itu cukup besar impaknya dan paling penting, impian beliau beberapa bulan lalu untuk bergelar pemain profesional di Kenya sudah pun menjadi nyata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN