Kim Pan-gon Hargai Sokongan TMJ, Akui Padang Baharu Perlukan Lebih Masa

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tampil memberi ulasan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang tampil dengan serba tidak sempurna pada aksi Pestabola Merdeka semalam, membabitkan Harimau Malaya berdepan India.

Menurut Kim, ianya merupakan perkara biasa yang berlaku untuk struktur padang hang baharu siap dan memerlukan masa untuk tampil lebih baik bagi digunakan mereka.

Pada perlawanan semalam, kebanyakan penyokong bola sepak tempatan kurang senang melihat keadaan padang baharu di SNBJ yang kurang memuaskan dan meluahkannya di media sosial.

“Bagi saya, apa yang kita lihat pada malam tadi memang biasa berlaku untuk padang yang baharu. Memang perlukan masa dan kami sudah jangka keadaan seperti ini.

“Saya percaya, semua pihak yang terlibat sedang bekerja keras dari semasa ke semasa. Saya rasa, kita perlukan sedikit masa lagi untuk menyelesaikan masalah ini.

“Apa pun, padang rumput jenis Zeon Zoysia ini adalah lebih baik daripada padang jenis cow grass yang kita gunakan sebelum ini. Memang ia belum siap sepenuhnya, tapi kita ada Pestabola Merdeka 2023 ini.

“Saya rasa dengan proses berterusan selepas ini, satu hari nanti, kita mahu melihat padang ini akan menjadi salah satu padang yang terbaik di rantau Asia Tenggara,” kata Kim menerusi kenyataan dikeluarkan oleh laman rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pada masa sama, pengendali dari Korea Selatan itu turut mengucapkan terima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana memberi sokongan penuh dalam menghasilkan padang baharu di stadium tersebut.

Malah, Kim juga turut gembira selepas kejayaan anak-anak buahnya melakar kemenangan 4-2 untuk mengatasi India sebelum mara ke final bertemu Tajikistan pada 17 Oktober ini.

Pada aksi tersebut, Malaysia tampil dengan begitu garang untuk mengatasi cabaran India walaupun lawan berada di kedudukan ranking lebih tinggi berbanding mereka.

“Sekali lagi, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas sokongan beliau dalam merealisasikan padang yang cantik ini dan juga pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang mengambil tanggungjawab untuk menyokong usaha ini.

“Yang penting, kita dapat juga beraksi dengan baik dan berjaya menewaskan India 4-2, seterusnya layak ke Final Pestabola Merdeka 2023 menentang Tajikistan pada Selasa ini,” kata Kim lagi.

Akhir sekali, beliau juga berharap supaya para penyokong setia skuad kebangsaan hadir pada Selasa ini demi memberi sokongan penuh kepada mereka untuk berdepan cabaran pasukan lawan.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN