Sri Pahang Intai Peluang Rampas Posisi Ketiga Liga Super

Salah satu kelab gergasi Liga Super, Sri Pahang ketika ini dilihat mempunyai peluang cerah untuk cuba menamatkan cabaran musim ini di tangga ketiga bagi memintas Kedah Darul Aman (Kedah).

Keyakinan itu turut dilontarkan sendiri oleh penjaga gol mereka iaitu Izham Tarmizi yang optimis pasukan tersebut mampu menamatkan cabaran Liga Super musim ini di tangga ketiga.

Untuk rekod semasa, Sri Pahang kini berada pada kedudukan keempat liga dengan mengumpul 43 mata keseluruhan daripada 21 perlawanan telah dihadapi.

Peluang untuk pasukan tersebut memintas Kedah masih lagi terbuka selepas mereka hanya dibezakan empat mata sahaja serta berkelebihan satu lagi perlawanan berbanding skuad kendalian Nafuzi Zain itu.

Jelas Izham, beliau menganggap segalanya bukan sesuatu yang mustahil untuk mereka merealisasikan sasaran berkenaan sebelum saingan liga berakhir.

“Dengan tempoh rehat ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memastikan sebaik liga bersambung nanti kami berada pada prestasi terbaik.

“Bagi saya sasaran menamatkan kedudukan tiga pasukan terbaik musim ini akan menjadi kenyataan jika bersandarkan kepada komitmen dan semangat juang rakan sepasukan.

“Jika dilihat kepada baki lima perlawanan itu, sasaran tiga terbaik itu akan dilihat kepada keputusan perlawanan menentang Terengganu FC (TFC) dan PDRM FC.

“Dengan keputusan dua perlawanan itu, ia akan meletakkan kedudukan terbaik atau penanda aras buat Sri Pahang musim ini,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Walaupun begitu, Sri Pahang perlu tampil konsisten untuk baki perlawanan mereka dengan tidak boleh keciciran sebarang mata kerana Sabah juga kini mengekori rapat di tangga kelima menerusi 42 mata dikumpul.

Baki perlawanan seterusnya menyaksikan Sri Pahang bakal bertemu Terengganu, PDRM, Penang, Johor Darul Ta’zim (JDT), serta Kuala Lumpur City (KL City) akhir sekali.

Sebelum ini, pengurusan Sri Pahang sendiri ada menyatakan sasaran mereka untuk menamatkan cabaran Liga Super 2023 di kedudukan ketiga terbaik.

Malah, Datuk Mohammed Suffian Awang selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang juga berharap agar pasukan itu mampu menamatkan cabaran liga di tangga ketiga musim ini biarpun menyedari saingan sengit bakal dihadapi mereka sebelum segalanya tamat.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN