Pemain Negeri Sembilan Gesa Pengurusan Selesaikan Isu Tunggakan Gaji

Negeri Sembilan kini menjadi salah satu pasukan yang turut dilanda isu kewangan, selepas dilaporkan para pemain masih lagi belum menerima gaji mereka sejak beberapa bulan lalu.

Hadir dengan reputasi cukup tinggi pada tahun lalu, Negeri Sembilan kini serba serbi ditimpa dengan isu tidak enak didengari para penyokong selepas mereka terkait dengan masalah tunggakan gaji.

Menurut Nasrullah Hanif Johan selaku pembantu kapten kelab tersebut, beliau berharap supaya masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin oleh pengurusan pasukan.

Malah, beliau juga tidak mahu kerana masalah tersebut menjadikan rakan sepasukan lain kini hilang fokus serta tidak bermotivasi untuk mengharungi baki saingan liga.

“Kami berharap pihak pengurusan kelab (NSFC) jika boleh dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain secepat mungkin untuk kepentingan pemain dan pasukan.

“Secara peribadi sebolehnya saya tidak mahu fokus dan semangat rakan-rakan terganggu disebabkan masalah tunggakan gaji ini sedangkan tugas mengharungi cabaran Liga Super musim ini belum berakhir.

“Menjadi hasrat kami untuk memberikan persembahan terbaik dalam baki tiga perlawanan Liga Super dan mengharapkan pasukan dapat memenangi kesemua baki perlawanan berkenaan.

“Ini penting dalam usaha memastikan kedudukan pasukan dalam carta liga dapat diperbaiki sekali gus menamatkan saingan Liga Super musim ini pada kedudukan yang lebih baik berbanding tempat kesembilan ketika ini,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Untuk rekod, pengendali Negeri Sembilan iaitu K. Devan turut mengesahkan isu tunggakan gaji yang menimpa pasukan itu sambil berharap ianya dapat diselesaikan secepat mungkin.

Menurut laporan, tunggakan gaji sudah berlanjutan sejak bulan Ogos dan September lalu dan dianggap menjejaskan fokus para pemain kepada siri perlawanan bakal dihadapi mereka.

Pada masa sama, Nasrullah juga mengingatkan kepada para pemain lain supaya tidak melakukan sesuatu yang akan mencemarkan nama baik pasukan di media sosial masing-masing.

“Kami semua memahami keadaan yang dihadapi dan menaruh keyakinan tinggi terhadap kepemimpinan kelab untuk menyelesaikan perkara ini untuk kepentingan kedua-dua pihak.

“Selaku pemain senior dan ketua pasukan, saya sendiri sudah berbincang dengan rakan-rakan serta meminta mereka memberikan kerjasama baik dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan reputasi serta imej pasukan seperti menguar-uarkan di laman sosial dan sebagainya,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN