Perak Berpeluang Besar Untuk Raih 3 Mata Atasi Negeri Sembilan

Perak kini menjadi salah satu pasukan paling mencuri tumpuan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), setelah tampil dengan perubahan cukup drastik dalam corak permainan semenjak bawah kendalian jurulatih tempatan, Yusri Che Lah.

Apa tidaknya, pasukan tersebut setakat ini telah pun menjadi bualan ramai penyokong bola sepak tempatan, kerana kejayaan mereka mengejutkan gergasi Liga M lain seperti Kedah Darul Aman (Kedah) serta Sabah untuk aksi Piala Malaysia 2023.

Reputasi tersebut sudah tentu ingin dipertahankan Yusri untuk pertembungan Liga Super seterusnya yang akan berlangsung malam ini membabitkan Perak menentang Negeri Sembilan.

Perak yang ketika ini berada di tangga ke-11 Liga Super, sudah tentu mengharapkan perubahan positif dapat berlaku sebelum saingan tersebut tamat pada penghujung tahun dengan menghuni kedudukan lebih baik.

Prestasi Perak pada awal musim tampil dengan sangat tidak menyakinkan selepas mencatat kekalahan demi kekalahan serta mempamerkan corak permainan tidak menyakinkan bawah kendalian Datuk Lim Teong Kim.

Kemasukan kembali Yusri bersama beberapa pemain import baharu jelas mengubah kembali struktur permainan Perak menjadi lebih menyakinkan serta sudah mula meninggalkan impak positif.

Pemain seperti Firdaus Saiyadi, Wan Zack Haikal, T. Shaheeswaran, serta beberapa lagi bintang muda Perak antara memberi impak cukup cemerlang sejak bawah kendalian Yusri.

Malah, kelibat pemain import seperti Sunday Afolabi, Seo Seonung, Luciano Guaycochea serta Luka Milunovic turut konsisten serta memainkan peranan besar di posisi masing-masing.

Pastinya mometum tersebut sedikit sebanyak membantu pasukan tersebut untuk menghadapi Negeri Sembilan malam ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi dalam misi mereka untuk cuba mendapatkan tiga mata penuh.

Prestasi semasa Negeri Sembilan ketika ini tampak tidak menyakinkan selepas mereka gagal meraih sebarang kemenangan sejak tiga perlawanan lalu termasuk aksi Piala Malaysia 2023.

Walaupun berkelebihan di halaman sendiri, pasukan tersebut dianggap sangat bermasalah untuk mengekalkan konsistensi permainan sepanjang tempoh 90 minit.

Skuad kendalian K. Devan juga sudah tentu tidak rela untuk keciciran sebarang mata walaupun kini mereka tampil serba tempang di segenap posisi terutama sekali bahagian serangan yang sangat tumpul.

Walaupun begitu, pengendali tersebut sudah tentu mempunyai perancangan tersendiri untuk tidak mahu keciciran sebarang mata walaupun sedar akan prestasi semasa Perak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN