Kelibat penyerang import Sri Pahang iaitu Rafael da Silva Santos kini mula mendapat pujian positif dalam kalangan penyokong pasukan tersebut, setelah tampil dengan sangat menyakinkan dalam beberapa perlawanan terbaharu.
Malah, nama penyerang itu turut mendapat pujian tersendiri daripada pengendali Sri Pahang musim ini iaitu Fandi Ahmad menerusi perkongsian dibuat oleh laman rasmi pasukan tersebut semalam.
Memperkenalkan Rafael Silva, senjata baru SPFC 💥
Kelab berbesar hati mengumumkan telah menandatangani khidmat Rafael Feital da Silva bagi mngharungi baki saingan Liga Malaysia 2023. pic.twitter.com/PvuYTjx7sr
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) July 5, 2023
Rafael ditandatangani Sri Pahang pada pertengahan musim dalam usaha pasukan tersebut untuk memperkukuhkan jentera serangan mereka pada baki saingan Liga Malaysia (Liga M).
Namun, impak positif gagal dijelmakan oleh Rafael pada awal penglibatannya bersama Sri Pahang sehingga ada kritikan telah dilontarkan sendiri oleh penyokong pasukan tersebut kerana kurang berpuas hati tentang prestasi semasa beliau.
Berbanding rakan sepasukannya iaitu Kuvondik Ruziev yang turut ditandatangani bersama pada pertengahan musim, pemain tengah itu tidak mengambil masa lama untuk mencapai keserasian dalam corak permainan diterapkan oleh Fandi.
Terbaharu, kelibat Rafael sekali lagi mencuri tumpuan selepas hadir dengan persembahan cukup menyakinkan di bahagian depan Sri Pahang walaupun tidak mencatat sebarang gol ketika bertemu Kuala Lumput City (KL City) dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2023.
Nama pemain itu jelas sangat popular di media sosial dalam kalangan penyokong Sri Pahang yang memuji akan impak positif berjaya dijelmakan Rafael buat pasukan.
Fandi sendiri turut gembira dengan prestasi semasa kini dipamerkan oleh Rafael buat pasukan dan berharap supaya konsistensi beliau dapat dikekalkan untuk aksi akan datang.
“Saya tidak pernah ragu kemampuan dia, cuma masa dia join kita dia bergelut dengan kecergasan. Ketika lawan KL City pertama kali dia bermain sehingga 60-65 minit, dan dia cukup bagus, dia bagi 100 peratus, mencipta peluang dan komunikasi dia dengan Kpah juga bagus.
“Dia menunjukkan kualitinya yang sebenar cuma saya terpaksa keluarkan dia masa itu kerana dia terlalu bekerja keras dan penat, dengan masalah abdominal yang dia hadapi sebelum ini kita tidak mahu tekan dia.
“Saya harap dia boleh terus menyerlah dalam baki 6 perlawanan Liga Super dan membantu kita menamatkan saingan di kedudukan yang baik,” kata Fandi menerusi media rasmi Sri Pahang.
Debut for Ruziev and Rafael. Welcome to Malaysia Football League 🤝#SriPahang #WhereLegendsAreBorn #HakkaClo pic.twitter.com/wYbOIigS9J
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) July 10, 2023
Pastinya kelibat Rafael selepas ini akan terus mendapat perhatian Fandi untuk digunakan pada aksi seterusnya selain mereka terus bergantung harap kepada Kpah Sherman sahaja.
Malah, Sri Pahang kini hanya perlu memfokuskan kepada baki saingan Liga Super sahaja untuk memperbaiki kedudukan carta liga menjadi lebih baik serta mengembalikan semula keyakinan para penyokong.