Kelincahan Seo Seonung Antara Perlu Diberi Perhatian Pertahanan Sabah

Bintang penyerang Perak, Seo Seonung antara pemain yang bakal mencuri tumpuan untuk aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2023 bertemu Sabah pada malam ini di Stadium Likas.

Perak yang mencipta kejutan musim ini untuk menyingkirkan Kedah Darul Aman (Kedah) pada aksi 16 terbaik Piala Malaysia lalu tampil dengan aksi cukup menyakinkan selepas beberapa perlawanan bawah kendalian Yusri Che Lah.

Apa tidaknya, sebelum itu Perak antara pasukan yang mencipta keputusan negatif pada awal musim dengan rentetan kekalahan serta menampilkan kualiti permainan tidak konsisten.

Kemasukan Yusri Che Lah kembali di tampuk kejurulatihan utama perlahan-lahan mengubah pasukan tersebut yang rata-ratanya dibarisi bintang muda mula menampilkan aksi lebih menyakinkan.

Malah, rombakan kecil dibuat pasukan itu untuk mendapatkan pemain import baharu seperti Jesper Nyholm serta Luka Milunovic berjaya mengukuhkan lagi pasukan tersebut untuk menghadapi persaingan Liga Malaysia (Liga M).

Untuk aksi malam ini bertemu Sabah, pastinya Yusri tidak rela pasukannya sekadar pulang dengan tangan kosong dengan percaturan taktikal sudah tentu dirangka pengendali tersebut untuk memerangkap lawan.

Seo Seonung menjadi antara nama yang pastinya akan menjadi tumpuan utama buat pengendali tersebut untuk diletakkan dalam kesebelasan utama setelah impak diberikannya cukup besar di posisi serangan.

Walaupun tidak banyak gol dihasilkan oleh pemain dari Korea Selatan ini, secara keseluruhan beliau memainkan peranan besar untuk menghidupkan serangan Perak menerusi kelincahan serta kreativitinya menyusun pergerakan.

Malah, Seo juga memainkan peranan cukup besar ketika aksi bertemu Kedah, dengan gerakan diciptanya sering mengkucar kacirkan pertahanan lawan serta membuka ruang buat rakan sepasukan lain untuk mendapat peluang gol.

Selain Seo, pemain tengah import Perak iaitu Luciano Guaycochea juga antara yang perlu diberi perhatian penuh oleh barisan pemain Sabah, setelah bintang dari Argentina itu mempamerkan aksi cukup konsisten dalam beberapa perlawanan lalu selaku maestro pasukan.

Berdepan Sabah yang menjadi antara pasukan terkuat pada musim ini, pastinya ia bukan sesuatu mudah untuk dihadapi Perak, apatah lagi beraksi di gelanggang lawan pada malam ini dengan dikelilingi barisan penyokong fanatik mereka.

Malah, Sabah juga sudah tentu ingin menjaga reputasi mereka di laman sendiri pada malam ini dengan pastinya tidak akan membiarkan pasukan lawan mencipta sebarang kejutan.

Hadir dengan bersama barisan pemain terbaik seperti Rizal Ghazali, Miguel Cifuentes, Ramon Machado, dan ramai lagi, dijangka aksi berintensiti tinggi bakal dipamerkan kedua pasukan untuk memburu kemenangan pertama suku akhir Piala Malaysia di Likas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN