Penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson da Silva antara tumpuan utama untuk aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2023 dengan membabitkan pasukan berkenaan menentang Negeri Sembilan.
Aksi yang bakal berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi itu menyaksikan JDT bakal bertandang ke gelanggang lawan terlebih dahulu untuk membuat perhitungan bersama tuan rumah.
It's matchday! 🔥
⚽ NEGERI SEMBILAN vs JDT
🏆 Piala Malaysia 2023
🏟 Tuanku Abdul Rahman Stadium, Paroi
🕘 21:00#NSEvJDT#PialaMalaysia2023#WhatCanYouDo#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/vgF8XxMqrN— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 13, 2023
Musim ini menyaksikan JDT menjadi satu-satunya pasukan yang masih lagi belum merekodkan kekalahan dalam mana-mana saingan peringkat domestik dan dilihat serba lengkap daripada segi kekuatan mereka berbanding Negeri Sembilan.
Hadir dengan sedikit rombakan sejak awal musim dengan membabitkan beberapa pemain, pasukan tersebut jelas bukan sahaja sukar ditewaskan, malah merekodkan jumlah bolos paling sedikit.
Di posisi serangan, pasukan ini paling dominan dalam menghasilkan jumlah gol yang sangat besar ketika berdepan pelbagai pasukan lawan dan salah seorang penyerang berbisa mereka iaitu Bergson antara mencuri tumpuan.
Kelibat Bergson pastinya akan menjadi sasaran utama pertahanan tuan rumah jika pemain tersebut dibawa turun dalam kesebelasan utama untuk beraksi di posisi utama serangan.
Pemenang Kasut Emas pada edisi lalu ini jelas tidak menurun momentum beliau walaupun ada beberapa perubahan berlaku dalam pasukan, sebaliknya Bergson terus konsisten memberi sumbangan besar setiap kali nama beliau tersenarai beraksi.
Kelebihan pemain dari Brazil ini terarah kepada kekuatan fizikalnya untuk mengatasi pertahanan lawan dengan sangat baik selain memiliki daya larian deras untuk mendapatkan bola lebih awal.
Malah, beliau merupakan antara penyerang terbaik pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) menerusi kualiti penyudahnya yang tajam serta sentiasa berada di kedudukan tepat menerima umpanan.
Selain Bergson, JDT juga memiliki beberapa lagi pemain serangan yang berbisa untuk diturunkan bagi menggantikan khidmat Bergson atau bergandingan bersama beliau musim ini.
Diogo Luis Santo serta Fernando Forestieri antara nama penyerang yang cukup digeruni pada musim ini menerusi kelincahan serta ketajaman mereka di hadapan gol sebelum diketepikan seketika akibat kecederaan.
Bergson's matchday routine 😤3️⃣#JDTforAll #Bergshow #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/MSCaztXVh5
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 21, 2023
Walaupun begitu, JDT masih lagi mempunyai Juan Muniz Gallego, Heberty Fernandes, Takahiro Kunimoto, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, serta ramai lagi yang tajam di hadapan gawang gol.
Bertemu Negeri Sembilan pada malam ini, pastinya Esteban Solari tidak ingin mengambil mudah cabaran lawan dengan kesebelasan terbaik pasti akan dibawa turun demi mendapatkan keputusan positif sebagai bekalan dibawa pulang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI).