Kenapa Prestasi Saddil Ramdani Untuk Sabah Lebih Hebat Berbanding Bersama Indonesia?

Nama Saddil Ramdani bukan lagi suatu yang asing buat bola sepak Indonesia, ekoran pemain tersebut sering mendapat tempat di hati pengendali pasukan tersebut, Shin Tae-yong.

Walaupun begitu, prestasi pemain ini sering dipersoalkan ketika beliau mewakili skuad kebangsaan selepas impak diberikan oleh Saddil tidak seunggul seperti beliau bersama skuad Liga Malaysia (Liga M), Sabah.

Malah, sebelum itu segelintir penyokong Sang Garuda juga mempersoalkan kredibiliti Saddil mengenai sumbangannya kepada Indonesia yang dianggap tidak seberapa sehingga mencetuskan rasa kurang puas hati buat pemain tersebut di media sosial.

Malah, pemerhati bola sepak Indonesia iaitu Mohamad Kusnaeni juga turut mengulas mengenai perbezaan prestasi semasa Saddil ketika beraksi bersama skuad kebangsaan serta Sabah.

Jelas Kusnaeni, situasi yang dihadapi Saddil bukan sesuatu pelik kerana ianya turut dialami oleh segelintir pemain bola sepak profesional di luar negara.

“Beberapa pemain itu akan tampil dengan sangat menonjol kualiti mereka jika mendapat kepercayaan penuh daripada jurulatih yang bijak mengendalikan situasi.

“Sesetengah daripada mereka cepat beradaptasi di kelab kerana lebih banyak menghabiskan masa berlatih serta beraksi untuk terus mendapat kepercayaan daripada pengendali.

“Situasi serupa juga buat kem bola sepak Indonesia kerana yang hadir merupakan semua pemain bintang dan mempunyai prestasi terbaik bersama kelab masing-masing.

“Kadang-kadang prestasi pemain tampil dengan tidak menentu serta tak meningkat kerana kurang mendapat sokongan penuh serta tidak diberi kepercayaan di atas padang pada hari perlawanan.

“Pandangan saya ianya lebih kepada moral pemain sendiri. Kalau bersama kelab, mungkin pemain itu merupakan tonggak penting sehingga diberi kepercayaan penuh, lebih bebas, serta mampu mengeluarkan segala kelebihan yang ada.

“Berbanding pula situasi dialami ketika bersama pasukan negara, mungkin pergerakan beliau lebih terbatas kerana dikelilingi ramai pemain bintang lebih hebat.

“Inilah suatu cabaran buat pemain untuk cepat menyesuaikan diri, tetapi ada juga yang masih terkandas. Itulah sebab ada pemain begitu hebat bersama kelab tetapi kurang menyerlah untuk negara,” jelas Kusnaeni menerusi CNN Indonesia.

Jordi Amat & Saddil Ramdani Ditagih Indonesia Untuk Berdepan Turkmenistan

Pemain serangan berusia 24 tahun itu memulakan karier beliau bersama Persela Lamongan sebelum mendapat perhatian ramai penyokong bola sepak tempatan setelah Saddil menyertai Sri Pahang pada musim 2019.

Nama Saddil terus meningkat naik di Malaysia musim ini selepas tampil selaku antara pemain paling menyerlah ketika mewakili Sabah menerusi statistik gol serta bantuan jaringan dengan begitu cemerlang.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN