Kim Pan-gon Mahu Terapkan Taktikal Berbeza Untuk Berdepan China

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon meluahkan rasa bangga beliau selepas Malaysia berjaya mengikat seri Syria menerusi keputusan penuh 2-2 di Stadium East-Town Football Park, Chengdu, China.

Malaysia berjaya memulakan aksi persahabatan Tier 1 di China untuk mengikat Syria dengan keputusan seri walaupun lawan memiliki reputasi bola sepak cukup besar di Asia sejak beberapa tahun.

Percaturan Bijak Kim Pan-gon Pastikan Malaysia ‘Ikat’ Syria Di Chengdu, China

Walaupun pada awalnya Malaysia ketinggalan 0-2 kepada lawan, hasil kebijaksanaan Kim dalam mencatur kembali taktikal serta rombakan pemain, pasukan kebangsaan berjaya memastikan keputusan seri sekurang-kurangnya mampu diraih.

Dua gol kebangkitan Malaysia terhasil menerusi pemain gantian iaitu Akhyar Rashid serta penyerang berbisa, Darren Lok di penghujung permainan bersama aksi cukup menyakinkan.

Malah, Malaysia juga mempamerkan aksi cukup menyakinkan khususnya di separuh masa kedua untuk menguasai permainan serta mencipta beberapa gerakan berbahaya untuk mengancam Syria.

Jelas Kim, ianya merupakan keputusan perlawanan yang cukup baik dihasilkan oleh Malaysia walaupun terlebih dahulu ketinggalan dengan dua gol di separuh masa pertama.

“Pada pandangan saya ianya merupakan keputusan yang bagus dicatat oleh Malaysia walaupun kami sedikit kecewa pada aksi separuh masa pertama.

“Pada separuh masa kedua kami berjaya megimbangi kembali perlawanan dengan keputusan 2-2 yang saya anggap ianya sangat penting buat Malaysia untuk meraih keyakinan.

“Sebenarnya aksi di separuh masa pertama pada pandangan saya ianya bagus daripada segi persembahan. Kami berjaya mengimbangi aksi pasukan lawan yang berada di ranking lebih tinggi.

“Cuma hanya kesilapan dua kali dibuat oleh para pemain menyaksikan mereka berjaya meraih peluang tersebut. Tetapi untuk separuh masa kedua, kami tunjukkan pada semua yang mentaliti Malaysia dan sikap pemain Harimau Malaya untuk kembali mengejar pasukan lawan.

Pada masa sama, Kim menganggap aksi seterusnya bertemu China merupakan peluang untuk beliau menguji beberapa taktikal untuk mengetahui tahap sebenar skuad kebangsaan.

“Kami mahu menguji beberapa taktikal untuk berdepan lawan yang berada di kedudukan ranking lebih tinggi, jadi kami mahu tahu tahap semasa Malaysia dengan tampil lebih agresif serta menyudahkan setiap peluang terhidang,” ujar Kim.

Pastinya aksi akan datang bakal tampil dengan lebih menarik dengan Malaysia kini tampil dengan momentum terbaik selepas mencipta kejutan untuk mengikat Syria.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN