Manuel Ott: “Sasaran Kami Layak Ke Saingan AFC”

Kapten Kedah Darul Aman (Kedah) Manuel Ott antara pemain yang cukup bersemangat ketika ini dalam memastikan pasukannya untuk tampil dengan lebih sehingga ke penghujng musim.

Sebelum itu, Kedah tampil dengan kejutan tersendiri selepas berjaya mengikat jaguh bola sepak Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi keputusan penuh 3-3 dalam saingan Liga Super.

Tampil dengan tidak konsisten sejak awal musim, sebenarnya tidak ramai menjangkakan Kedah mampu untuk tampil dengan corak permainan begitu baik untuk menyekat kemaraan Harimau Selatan.

Malah, Ott juga menjadi pemain yang memainkan peranan begitu penting sejak awal perlawanan berlangsung untuk menggerakan jentera serangan Kedah dengan kreatif.

Jelas Ott, pasukan kini perlu mengekalkan konsistensi jika ingin meraih keputusan lebih positif pada baki saingan Liga Super serta kejohanan Challenge Cup yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sang Kenari kini masih lagi memiliki baki saingan liga sebanyak lima perlawanan serta dua aksi timbal balik Challenge Cup dengan membuat perhitungan bersama Kuching City.

“Aksi berdepan pendahulu Liga Super, JDT minggu lalu cukup baik buat pasukan menuju ke hujung liga dan saya yakin skuad ini sedang menuju ke hadapan.

“Semestinya sasaran kami adalah tempat kedua liga dan layak untuk ke saingan peringkat AFC pada musim depan.

“Selain itu kami juga mahu membuktikan keupayaan sebenar di saingan Piala Cabaran musim ini dengan aksi pertama bertemu Kuching City FC di suku akhir.

“Jadi dengan semua baki perlawanan yang akan dihadapi, sudah pasti ia bukan mudah dan kami perlu tingkatkan tahap kecergasan.

“Rekod lima kemenangan yang kami capai dalam saingan liga sebelum ini akan menjadi satu suntikan semangat serta motivasi penting sebelum kembali berjuang di Piala Cabaran,” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.

Musim pertama Ott bersama Kedah, jelas ianya bermula dengan sangat positif walaupun tampil sedikit tidak konsisten pada awal musim bawah kendalian Nafuzi Zain.

Ketika ini, Kedah pastinya mempunyai sasaran tersendiri untuk cuba meminta Selangor di kedudukan kedua liga dan cuba melayakkan diri ke saingan Asia musim hadapan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN