CEO Terengganu Mahu Tomislav Steinbruckner Perbaiki Segala Kelemahan Untuk Saingan AFC

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu iaitu Ab Rasid Jusoh menuntut supaya mutu permainan pasukan dapat dipertingkatkan dengan lebih baik oleh pihak kejurulatihan sebelum mereka menghadapi saingan Piala AFC tidak lama lagi.

Musim ini Terengganu telah pun membuat beberapa rombakan besar dalam kejurulatihan serta kalangan pemain utana yang menyaksikan mereka bermula dengan sedikit perlahan dalam saingan domestik.

Bawah kendalian Tomislav Steinbruckner, jelas pasukan itu mengambil sedikit masa pada awal saingan untuk menyesuaikan diri bersama taktikal baharu jurulatih tersebut sebelum mereka tampil lebih baik.

Malah, Terengganu juga turut tidak terlepas daripada kritikan daripada segelintir penyokong di media sosial kerana mencatat beberapa keputusan yang dianggap tidak konsisten sebelum ini.

Maka, sudah tentu para penyokong kini mengharapkan supaya Sang Penyu mampu untuk tampil dengan keputusan lebih positif bagi saingan Piala AFC yang bakal diharungi nanti.

Jelas Ab Rasid, beliau telah meletakkan kepercayaan tinggi buat Steinbruckner serta staf kejurulatihan lain untuk memberi persaingan lebih sengit buat pasukan-pasukan lain pada saingan tersebut nanti.

Kejayaan melangkah ke saingan Piala AFC musim ini dianggap Ab Rasid sebagai sesuatu yang sangat membanggakan selepas mereka gagal untuk menyertainya pada tahun 2021 kerana wabak Covid-19.

Selaku naib juara Liga Super musim lalu, Terengganu tampil melangkah dengan bangga ke saingan Piala AFC tahun ini untuk diletakkan dalam Kumpulan G bersama Central Coast Mariners (Australia), Bali United (Indonesia), serta Stallion Laguna (Filipina).

“Semua pasukan yang menghuni dalam Kumpulan G boleh dikatakan seimbang dan masing-masing mempunyai kekuatannya yang tersendiri biarpun atas kertas kelab dari Australia itu dilihat lebih kuat.

“Justeru bagi memastikan pasukan kita mampu menyajikan aksi lebih bertenaga, kami mengharapkan barisan kejurulatihan agar dapat menerapkan idea dan strategi terbaik serta memperbaiki kelemahan untuk menempatkan diri ke peringkat seterusnya.

“Buat pemain, mereka juga perlu berusaha lebih gigih bagi meningkatkan lagi kualiti permainan selain mengambil peluang terhidang beraksi di pentas tertinggi itu dengan aksi yang meyakinkan dan bertenaga,” kata Ab Rasid menerusi Harian Metro.

Terengganu bakal memulakan aksi sulung mereka pada 20 September ini untuk menghadapi cabaran pertama mereka menentang Central Coast Mariners di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

Selepas itu, mereka bakal meneruskan aksi seterusnya di Stadium Kapten 1 Wayan Dipta di Indonesia untuk bertemu Bali United pada 4 Oktober depan pula.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN