MFL Belum Pasti Gunakan VAR Untuk Final Piala Malaysia

MFL Stuart Ramalingam VAR Piala Malaysia 2023

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) belum memastikan lagi mereka bakal menggunakan sistem Video Assistant Referee (VAR) untuk aksi akhir Piala Malaysia 2023 yang akan berlangsung pada Disember ini.

Sebelum itu, sistem VAR dilaporkan kini bakal digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) selepas beberapa perkembangan semasa dilihat positif termasuk para kejurulatihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut dihantar menjalani kursus.

FAM Tidak Akan Guna Sistem VAR Pada Aksi Akhir Piala FA

VAR dianggap suatu sistem yang sangat penting kini dalam dunia bola sepak moden, dengan penggunaannya dilihat semakin meluas di serata dunia termasuk Asia Tenggara.

Malah, Singapura dan Thailand juga telah pun menggunakan sistem tersebut dalam saingan liga sebelum ini untuk memastikan tahap kelancaran setiap perlawanan berlangsung dengan lebih baik.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL iaitu Stuart Ramalingam dengan mereka enggan bersifat terburu-buru untuk menggunakan sistem tersebut pada sesegera mungkin.

Ini kerana, persediaan lebih rapi perlu dibuat untuk memastikan VAR dapat digunakan secara lebih lancar serta tiada gangguan berlaku ketika hari perlawanan sedang berlangsung.

Stuart turut menjelaskan pihak MFL bakal mengadakan beberapa perbincangan bersama pelbagai pihak termasuklah barisan pengadil yang bersedia untuk menggunakan sistem VAR selepas ianya sedia digunakan.

“Pengadil pun sudah mulakan latihan dan untuk pastikan tarikh (penggunaan VAR), kita perlukan pertimbangan daripada beberapa aspek termasuk soal teknologi ini, jaringan internet dan juga latihan.

“Sekarang kita ada wakil Fifa (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) bersama kita untuk pastikan perbincangan dalaman sebelum laksanakan VAR.

“Belum masanya MFL buat pengumuman tarikh kita laksanakan VAR secara rasmi namun sebagaimana semua orang tahu, latihan kepada pengadil dan pembelian alatan juga sudah bermula.

“VAR perlukan jaringan internet yang kukuh serta stabil di stadium. Semua ini perlu dijawab dulu sebelum umum tarikh dan mungkin pengumuman ini akan dibuat dalam tempoh seminggu dua lagi,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Selain Malaysia, Indonesia juga dilaporkan kini semakin giat membuat persiapan untuk menggunakan sistem tersebut dengan dijangka mereka juga bakal menggunakan VAR pada masa akan datang.

40 Pengadil Malaysia Buat Persiapan Awal Laksanakan Sistem VAR

Laporan kini menyatakan FAM bersama MFL serta wakil FIFA sedang giat melatih pengadil tempatan sebelum mereka bersedia sepenuhnya untuk menggunakan sistem VAR termasuk menyediakan kelengkapan lain bagi digunakan secara rasmi suatu ketika nanti.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN