Penang Tagih Sentuhan ‘Double Treble’ Azraai Khor Selaku Pengarah Teknikal Baharu

Azraai Khor Kedah FA

Penang dilaporkan kini sedang membuat kembali rombakan baharu, selepas tampil dengan begitu mengecewakan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini dengan rekod kekalahan berterusan.

Terbaharu, dilaporkan bekas pengendali berpengalaman Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Mohd Azraai Khor Abdullah bakal menyertai Penang selaku Pengarah Teknikal baharu bagi memperkukuhkan kembali pasukan tersebut.

https://twitter.com/zulhelmizainal1/status/1696007226287391071?s=46&t=YOTSOmcG3heFWz6VBYULhw

Laporan tersebut dikeluarkan sendiri oleh wartawan sukan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam yang menyatakan status terkini pengendali tersebut bersama Penang.

“Penang FC tamatkan khidmat Pengarah Teknikal dan Pengurus Pasukan. Difahamkan, bekas jurulatih double treble Kedah Azraai Khor Abdullah bakal dilantik sebagai Pengarah Teknikal Penang FC yang baru,” jelas kenyataan tersebut.

Penang sebelum itu telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu penamatan kontrak dua individu penting tersebut iaitu Encik Kamal Bin Kalid yang menjawat sebagai Pengarah Teknikal Kelab sebelum ini serta pengurus pasukan, Encik Ong Eng Hua.

“Pengurusan tertinggi Penang FC mengambil maklum dan berasa amat dukacita dengan prestasi hambar pasukan senior Penang FC dalam kancah saingan Liga Super musim 2023, termasuk juga kegagalan melangkah ke pusingan seterusnya dalam kempen saingan Piala Malaysia 2023 baru-baru ini. Pihak pengurusan juga sedar bahawa langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk kembali bangkit daripada situasi ini.

“Sejurus dengan itu, pengurudan Penang FC telah memutuskan untuk menamatkan khidmat Pengarah Teknikal Kelab, Encik Kamal
Bin Kalid dan Pengurus Pasukan Liga Super Penang FC, Encik Ong Eng Hua dengan serta merta di mana kedua-dua individu ini tidak lagi akan terlibat dalam apa jua urusan Kelab dan pasukan ini.

“Penang FC ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas khidmat yang telah diberikan sepanjang mereka bersama Kelab dan pasukan.

“Dengan ini juga, Ketua Jurulatih pasukan Liga Super yang baharu akan memainkan peranan sebagai Ketua Jurulatih merangkap Pengurus Pasukan untuk masa yang akan datang. Ini akan memberikan tanggungjawab penuh kepada Ketua Jurulatih yang juga merangkap Pengurus Pasukan untuk mengendalikan pasukan Liga Super Penang FC.

“Langkah pembaharuan menyeluruh ini adalah untuk membawa perubahan drastik dalam tadbir urus dan penambahbaikan kepada pasukan, bagi memenuhi harapan dan aspirasi para penyokong dan peminat pasukan Penang FC,” jelas kenyataan tersebut.

Umum mengetahui Azraai Khor bukan lagi satu nama asing dalam industri bola sepak tanah air selepas kejayaan beliau untuk melakar sejarah baharu bersama Kedah pada suatu ketika.

Sentuhan beliau memastikan Kedah ketika itu menjadi salah satu pasukan paling digeruni dalam saingan Liga M serta berjaya melahirkan ramai bakat-bakat baharu untuk mewakili skuad kebangsaan.

Walaupun kini tidak lagi berada dalam dunia kejurulatihan, beliau masih aktif dalam memberi pandangan mengenai bola sepak Malaysia khususnya mengenai Kedah.

Semoga sentuhan Azraai mampu untuk menaikkan kembali mutu bola sepak Penang ke arah lebih tinggi dan memberi cabaran sengit pada masa akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN