Jaguh Bola Sepak Indonesia Jadi Lawan Sabah Untuk Saingan AFC

Keputusan undian untuk saingan Piala AFC musim ini secara rasminya telah pun dikeluarkan sebentar tadi dengan menyaksikan Terengganu dan Sabah masing-masing diletakkan dalam Kumpulan G dan H.

Antara mencuri tumpuan pastinya terarah kepada Kumpulan H yang diwakili Sabah, apabila mereka diundi untuk berada bersama salah satu pasukan terkuat di Indonesia musim lalu, PSM Makassar.

Seperti diketahui, PSM Makassar merupakan kelab yang mencuri tumpuan musim lalu dalam saingan Piala AFC, selepas kejayaan mereka untuk menewaskan Kedah Darul Aman ketika pusingan zon separuh akhir menerusi keputusan penuh 2-1.

Namun, pasukan kendalian Bernardo Tavares itu turut mencatat kekalahan kepada wakil Malaysia iaitu Kuala Lumpur City (KL City) menerusi keputusan penuh 5-2 bagi pusingan akhir peringkat Zon.

Pastinya kekuatan semasa jaguh dari Indonesia itu menjadi antara perkara perlu diperhatikan oleh Sabah mengenai kekuatan semasa pasukan tersebut pada saingan ini.

Selain PSM Makassar, Sabah juga bakal berdepan wakil dari Vietnam iaitu Haiphong FC serta Hougang United dari Singapura sebelum mencongak peluang ke pusingan seterusnya.

Menerusi prestasi masa mereka kini, Sabah pastinya perlu membuat persediaan cukup rapi selain memperbaiki aspek kelemahan mereka di posisi pertahanan yang dianggap kurang menyakinkan musim ini.

Rantaian pemain berkualiti seperti Ramon Machado, Daniel Ting, Saddil Ramdani, Park Tae-su, dan Darren Lok pastinya menjadi antara pertaruhan penting buat Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi cabaran tersebut.

Di Kumpulan G, menyaksikan Terengganu telah diletakkan bersama satu lagi wakil dari Indonesia iaitu Bali United selain berdepan dua cabaran kelab lain iaitu Stallion Laguna FC (Filipina), serta Central Coast Mariners (Australia).

Salah satu pasukan terkuat kumpulan itu pastinya terarah kepada wakil dari Australia iaitu Central Coast Mariners yang ditunjangi oleh beberapa pemain berkualiti tinggi untuk memberi cabaran buat Terengganu.

Pasukan tersebut juga turut dibarisi oleh Alou Kuol yang merupakan abang kepada penyerang Newcastle United dalam saingan English Premier League (EPL) musim lalu iaitu Garang Kuol.

Selain itu, cabaran-cabaran daripada kelab lain juga tidak boleh diambil ringan kerana pastinya mereka juga mempunyai sasaran tersendiri untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Walaubagaimana pun, inspirasi kejayaan KL City yang melayakkan diri ke final pada tahun lalu wajar diambil sebagai suatu motivasi buat dua wakil Malaysia ini untuk turut mencipta sejarah tersendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN