Kedah Miliki Peluang Untuk Raih 3 Mata Penuh Atasi Penang

Kedah Darul Aman (Kedah) bakal meneruskan baki persaingan Liga Super musim ini dengan perlawanan seterusnya membabitkan pasukan tersebut menentang Penang dalam misi untuk mendapatkan tiga mata.

Selepas sah tersingkir daripada kejuaraan Piala Malaysia, kini Kedah pastinya ingin memberi fokus penuh untuk pertemuan seterusnya dalam aksi Liga Super dengan kembali mencatat kemenangan dan mengukuhkan kedudukan semasa mereka.

Tampil dengan pelbagai rombakan sejak awal musim, Kedah dilihat mempunyai momentum yang lebih baik untuk saingan Liga Super berbanding dua kejuaraan domestik lain selepas tersingkir awal.

Kedudukan semasa kini menyaksikan Sang Kenari berada di tangga ketiga selepas merekodkan 13 kemenangan daripada 19 perlawanan telah dihadapi skuad kendalian Nafuzi Zain.

Malah, kelebihan juga berpihak buat Sang Kenari yang kini masih mempunyai baki dua perlawanan berbanding Selangor di posisi kedua carta Liga Super dengan peluang untuk terus menghimpit pasukan ini.

Bertemu Penang, ianya dianggap sebagai salah satu aksi paling mencuri tumpuan kerana melibatkan pertembungan antara dua kuasa bola sepak di utara.

Menerusi rekod, Kedah telah pun meraih kemenangan pertama musim ini ketika menentang Penang dengan keputusan penuh 1-0 diraih dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman (SDA).

Gol tunggal Kedah ketika itu berjaya dilakar oleh bekas penyerang import berbisa mereka, Willian Lira dengan aksi sengit telah ditampilkan oleh kedua pasukan untuk mendapatkan tiga mata penuh.

Pastinya semua akan berubah untuk perlawanan malam ini dengan masing-masing sudah mencipta sedikit rombakan baharu pada pertengahan musim sebelum itu.

Penang yang tampil longlai dalam lima perlawanan terakhir termasuk Piala Malaysia untuk mencatat semua kekalahan pastinya tidak rela untuk melepaskan lagi tiga mata buat Sang Kenari.

Impak penyerang import mereka iaitu Abdul Abdeen Temitope dari Ireland terus ditagih selepas beliau masih lagi gagal untuk memberi kualiti positif dalam kalangan para penyokong Penang.

Untuk Kedah pula, pastinya mereka mahu kembali bangkit mencatat kemenangan selepas tampil dengan aksi begitu mengecewakan pada perlawanan lalu ketika bertemu Perak di laman sendiri.

Hanya dengan kemenangan sahaja mampu untuk kembali memujuk hati para penyokong Sang Kenari selepas kecewa dengan persembahan dipamerkan skuad kesayangan mereka beberapa hari lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN