Pertahanan Longlai Antara Faktor Kelantan United Tewas Kepada Negeri Sembilan

Kelantan United secara rasminya gagal untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2023, selepas pasukan tersebut tumpas di tangan Negeri Sembilan menerusi keputusan penuh 4-2 atau secara agregat 5-2.

Beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi, Kelantan United meneruskan rekod kekalahan kali ketiga berturut-turut serta tampil dengan sangat tidak menyakinkan berbanding tuan rumah.

Walaupun mereka terlebih dahulu memperoleh jaringan awal perlawanan menerusi penyerang import dari Filipina iaitu Jose Elmer Porteria, ianya gagal dipertahankan pelawat dengan Negeri Sembilan tampil dengan lebih konsisten untuk meledak lima gol.

Menerusi kekalahan tersebut, skuad kendalian Ailton da Silva itu sah akan menyertai saingan MFL Challenge Cup sementara Negeri Sembilan berjaya mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia untuk membuat perhitungan seterusnya.

Sebenarnya, Kelantan United tidak beraksi dengan begitu teruk dengan beberapa kali ancaman berjaya dicipta khususnya menerusi penyerang import mereka, Ismaheel Akinade dengan siri percubaan berbahaya.

Malah, mereka juga sesekali berjaya menguasai permainan dengan lebih baik berbanding tuan rumah di bahagian tengah terutama sekali pada aksi separuh masa pertama.

Pertahanan longlai jadi faktor utama

Apa yang menjadikan mereka begitu mudah diratah Negeri Sembilan ialah faktor pertahanan dilihat terlalu longlai dan begitu mudah diatasi lawan sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung.

Musim ini, Kelantan United tampil sebagai antara pasukan cukup bermasalah di posisi pertahanan sejak awal saingan Liga Malaysia (Liga M) berlangsung dan gagal untuk mengatasi isu tersebut ke arah lebih positif.

Beberapa rombakan dibuat oleh pasukan tersebut dengan turut menandatangani khidmat pertahanan import seperti Deok Kim dan Dominik Balic juga tidak memberi impak yang positif buat mereka.

Malah, penjaga gol utama mereka iaitu Shahril Shaari perlu lebih kerap untuk meninggalkan kawasannya untuk menyelamatkan keadaan selepas kedudukan para pertahanan Kelantan United jelas tidak tersusun ketika situasi menyerap serangan balas lawan.

Tiada kreativiti serangan

Salah satu sebab Kelantan United gagal untuk mengatasi Negeri Sembilan pada perlawanan itu disebabkan isu kreativiti yang dilihat sangat ketara untuk mendapatkan gol.

Walaupun mempunyai Porteria dan Ismaheel Akinade yang tajam di hadapan gol, isu kreativiti dalam mencipta serangan pula menghantui Kelantan United dan setiap pergerakan dicipta mudah dibaca oleh tuan rumah.

Malah, persefahaman sesama para pemain untuk bertukar hantaran juga masih lemah dengan kesilapan-kesilapan mudah dibuat yang membenarkan Negeri Sembilan untuk kembali menguasai permainan serta melancarkan siri serangan balas pantas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN