Lubnan Beri Sebab Kenapa Tarik Diri Daripada Saingan Pestabola Merdeka

Sebelum tirai saingan Pestabola Merdeka diadakan pada bulan Oktober hadapan, sudah ada pasukan yang mengesahkan diri mereka akan menarik diri atas alasan tersendiri dan sudah pun digantikan kepada negara baharu.

Lubnan mengesahkan mereka akan menarik diri pada saingan Pestabola Merdeka ini dan ianya dilaporkan sendiri secara rasmi menerusi laman rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa pasukan Tajikistan telah mengesahkan penyertaan mereka sebagai pasukan keempat bagi pertandingan Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 13 hingga 17 Oktober 2023.

“Terdahulu, majlis undian Pestabola Merdeka 2023 telah pun berlangsung pada 8 Ogos lalu yang menyaksikan tuan rumah, Malaysia diundi bertemu India, manakala Palestine berdepan Lebanon untuk Hari Perlawanan 1 pada 13 Oktober 2023,” jelas kenyataan tersebut.

Jelas FAM, alasan Lubnan menarik diri daripada saingan tersebut kerana mereka berada dalam kumpulan sama dengan Palestin untuk siri Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 yang bakal berlangsung pada November ini.

Disebabkan itu, FAM telah pun menemui pengganti dengan pantas untuk mengambil kekosongan slot tersebut dengan Tajikistan sah bakal menyertai saingan itu untuk melengkapkan penyertaan empat negara.

“Bagaimanapun, FAM telah menerima surat rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Lebanon (LFA) pada Isnin, 14 Ogos 2023 menyatakan bahawa mereka terpaksa menarik diri daripada Pestabola Merdeka 2023 dengan alasan Lebanon dan Palestine telah diundi dalam kumpulan yang sama bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November ini.

“FAM mengambil langkah proaktif dengan segera menghubungi beberapa pasukan baharu sebagai pengganti supaya perjalanan pertandingan tersebut yang telah ditetapkan untuk disertai oleh empat pasukan dengan dua hari perlawanan iaitu pada 13 dan 17 Oktober ini tidak terjejas.

“Sehari kemudian iaitu pada Selasa, 15 Ogos 2023, FAM telah berjaya mendapatkan pengesahan daripada Persekutuan Bola Sepak Tajikistan (TFF) untuk pasukan kebangsaan Tajikistan yang kini berada di ranking ke-110 dunia menggantikan slot yang ditinggalkan oleh pasukan Lebanon itu.

“Biarpun dengan perubahan terbaharu ini, susunan jadual perlawanan berdasarkan ketetapan majlis undian sebelum ini akan dikekalkan iaitu Malaysia bertemu India manakala Palestine kini akan menentang Tajikistan,” tambah kenyataan itu lagi.

Saingan Pestabola Merdeka ini dianggap sebagai sesuatu sangat penting sebenarnya buat Malaysia untuk mempersiapkan diri dalam saingan Piala Asia yang akan berlangsung pada awal tahun hadapan.

Selain Pestabola Merdeka, FAM turut mengatur beberapa lagi perlawanan antarabangsa dengan China dan Syria bakal menjadi ujian buat Kim Pan-gon pada bulan September hadapan.

Tampil dengan aksi-aksi antarabangsa ini, ianya menjadi medan terbaik buat Kim untuk menilai kekuatan semasa serta memperbaiki kelemahan yang ada dalam skuadnya.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN