Aksi Ganas Rodney Celvin ‘Bikin’ Penyerang Perak Patah Hidung

Aksi ganas daripada pertahanan Kedah Darul Aman (Kedah), Rodney Celvin pada perlawanan sulung Piala Malaysi 2023, telah menyebabkan penyerang Perak iaitu Seo Seonung mengalami kecederaan parah.

Menurut laporan dikeluarkan oleh wartawan Astro Arena iaitu Fadhirul Shuhaimi, Seo telah pun mengalami kecederaan di bahagian muka sehingga menyebabkan hidung pemain tersebut patah disebabkan tindakan ganas daripda Rodney.

“Ketua Jurulatih Perak, Yusri Che Lah sahkan penyerang import, Seo Seonung mengalami kecederaan patah hidung susulan insiden pada minit ke-61,” jelas kenyataan tersebut.

Pada perlawanan tersebut, Rodney dan Seo telah pun bertembung dalam situasi untuk mendapatkan bola, sebelum penyerang kelahiran Korea Selatan itu jatuh dan menerima tindakan susulan daripada Rodney menerusi satu sepakan tepat di bahagian muka beliau.

Permainan yang sedang berlangsung pada minit ke-60 itu terpaksa dihentikan seketika oleh pengadil perlawanan dan Rodney terpaksa keluar lebih awal daripada padang perlawanan selepas menerima layangan kad merah.

Kedah yang ketika itu tertekan selepas ketinggalan 1-2 di tangan Perak jelas beraksi dengan sedikit beremosi dan tindakan Rodney menyebabkan pasukan semakin sukar untuk sekurangnya mendapat gol penyamaan.

Tampil beraksi di Ipoh, Perak jelas ianya digunakan dengan baik oleh Yusri Che Lah untuk memastikan Perak menguasai permainan sejak tiupan wisel awal dibunyikan.

Kedah yang sebelum itu cemerlang meledak gol sulung menerusi Manuel Ott seolah hilang punca pada perlawanan tersebut selepas tenggelam dengan asakan bertali arus yang dilancarkan oleh tuan rumah.

Hasilnya, Sang kenari mencatat kekalahan sulung mereka pada saingan tersebut menerusi keputusan penuh 1-3 dan aksi timbal balik pada 18 haribulan ini bakal menentukan segalanya.

Musim ini, Kedah antara pasukan yang banyak mengumpul kad merah, setelah kebanyakan pemain kelab tersebut dilihat gagal untuk mengawal emosi di atas padang.

Apa yang telah dilakukan Rodney itu merupakan sesuatu yang tidak sepatunya dibuat kerana tidak menggambarkan tahap profesional sebenar selaku seorang pemain bola sepak.

Malah, ia turut memberi kesan jangka masa panjang buat Perak ketika ini selepas Seo dilihat perlu diberi rehat lebih panjang untuk kembali sembuh dan merencatkan taktikal Yusri bersama pasukan.

Ketika Liga M mula mencuri tumpuan dengan pelbagai insiden keganasan, seharusnya perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan ianya hanya mencemarkan nama baik pasukan.

Semoga Rodney dapat mempelajari sesuatu daripada insiden ini untuk mematangkan lagi beliau pada masa hadapan selaku pemain bola sepak profesional.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN