Abu Kamara Ada Peluang Untuk Pecahkan Rekod Gol Peribadi Musim Lalu

Penyerang import Kuching City iaitu Abu Kamara kini berada di landasan terbaik untuk terus memperbaiki rekod semasa beliau dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bersama Kuching City bagi musim 2023.

Apa tidaknya, di sebalik konsistensi pasukan itu yang tidak menentu daripada segi prestasi permainan, tampilnya Kamara untuk kini berada dalam kedudukan lima penjaring terbanyak Liga Super 2023.

Abu Kamara Layak digelar ‘Underrated Player’ Di Liga Malaysia?

Kamara ketika ini berada di tangga kelima terbaik dan berpeluang untuk tampil ke arah lebih tinggi jika beliau mampu mengekalkan ketajamannya di hadapan gol.

Tampil selaku penyerang utama Kuching City, Kamara hadir dengan reputasi cukup tinggi selaku bekas penjaring terbanyak Liga Premier 2022 dengan 11 gol dilakar beliau ketika itu.

Memasuki musim kedua dalam saingan Liga M, Kamara berjaya mengekalkan rentak positif beliau di hadapan gol walaupun prestasi semasa pasukan sedikit tidak menentu kini.

Hadir dengan kualiti kawalan bola serta bijak meletakkan diri di kedudukan tepat untuk melakukan rembatan, Kamara boleh dianggap sebagai aset terbaik buat pasukan untuk membantu Kuching City meraih jaringan berharga.

Rekod semasa Kamara juga ketika ini sangat baik, selepas beliau telah meledak lima gol daripada empat perlawan terakhir dihadapi Kuching City.

Dengan perjalanan liga yang masih panjang, Kamara berpeluang sebenarnya untuk memecahkan rekod 11 gol beliau pada musim lalu serta menjadikan dirinya sebaris bersama penyerang import lain yang memberi impak besar buat bola sepak di Malaysia.

Untuk kedudukan semasa, Fernando Forestieri yang merupakan peledak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di kedudukan pertama dengan mengumpul 17 gol dan dibezakan dua jaringan sahaja daripada penyerang berbisa Selangor untuk posisi kedua, Ayron Del Valle.

Di tempat ketiga, Bergson da Silva memastikan beliau masih lagi relevan walaupun dilihat sedikit tumpul pada awal musim ini selain dihantui isu kecederaan ketika saingan liga berlangsung.

Kpah Sherman unggul berada di tempat keempat selepas kini beliau telah pun meledak 10 jaringan bersama Sri Pahang dan dibezakan satu gol sahaja berbanding Abu Kamara pada kedudukan kelima.

Untuk pemain tempatan, hanya Faisal Halim sahaja tersenarai dalam 11 penjaring semasa terbanyak ketika ini untuk aksi Liga Super selepas beliau telah pun menyumbang lapan gol untuk berkongsi kedudukan bersama bekas penyerang Kedah iaitu Willian Lira, serta tonggak utama Sri Pahang, Stefano Brundo.

Sementara itu, penyerang import JDT iaitu Diogo berkongsi kedudukan bersama dua pemain utama Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Romel Morales serta Paulo Josue menerusi tujuh gol diledak mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN