Desas desus rakan kongsi Kelantan bakal terjawab tidak lamal lagi apabila dikatakan seorang ahli perniagaan terkenal bakal menjadi sebahagian ‘ahli keluarga’ baharu pasukan itu.
Menurut pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham menjelaskan individu tersebut adalah orang yang mengetahui selok belok sukan bola sepak.
Ini sudah pasti satu berita yang baik untuk peminat kerana mereka yang arif dalam sukan sudah pasti dapat membantu kembalikan aura pasukan itu.
Difahamkan, ahli perniagaan tersebut seorang individu bukan asing dalam bola sepak apabila beliau sudah lama terlibat dalam sukan ini.
Mengikut status terkini, individu tersebut masih lagi aktif dalam arena bola sepak.
Adakah Kelantan bakal mendapat sentuhan baru dan mengubah landskap bola sepak dari Pantai Timur itu?
Sebelum ini, Zamsaham dikatakan ingin menjual pasukan Kelantan dan bersedia untuk berunding jika terdapat pihak yang berminat dengan pasukan Kelantan.
Antara yang tampil adalah usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida yang ingin memiliki pasukan itu.
Sebelum ini, Datuk Vida pernah menjadi penaja pasukan Kelantan pada tahun 2016.
Selain beliau, Erfan Akif pemilik pusat kesihatan gimnasium mengatakan hasrat untuk membeli TRW.