Permulaan
Kedah bermula dengan 4-4-2 klasik. Meletakkan 2 pemain target man di atas. Baddrol dan Syazwan Zainon menjadi pemain sayap.
Selangor turut dilihat bermula dengan 4-4-2 namun majoriti dalam perlawanan ini mereka bermain 4-4-1-1 dengan Hazwan Bakri bermain penyerang bayangan/shadow striker. Pada satu fasa, Hazwan bermain seperti no.10.
Selangor Bermain Direct Football 4-4-2
Dari segi taktikal, Selangor bermain dengan sangat direct. Pelan taktikal mereka adalah menghantar bola terus ke hadapan.
Namun yang jelasnya, pendekatan ini agak berkesan kerana cara Kedah menyusun pemain pertahanan mereka adalah punca utama.
Kedah terlalu mudah ditewaskan di garisan tinggi. Kredit kepada Ifwat yang sangat berani untuk keluar awal daripada garisan beliau.
Lebih 5 kali Kedah ditewaskan di garisan tinggi oleh Selangor, terutama Ronaldinho. Lihat organisasi di bawah ini, tidak pasti sama ada Kedah bermain zonal marking atau man to man marking.
Ini satu lagi kebocoran Kedah di garisan tinggi.
Ini pula bagaimana R. Gopinathan memecahkan garisan pertahanan mereka dari sayap.
Organisasi Kedah agak lemah pada separuh masa pertama kerana Liridon tidak membantu di bahagian pertahanan. Liridon bermain hampir seperti no.10. Dia membiarkan Amirul keseorangan untuk melindungi bek berempat Kedah.
Ketumpulan Selangor Pada Separuh Masa Pertama
Ini adalah fasa penting kenapa Selangor tidak menang dalam perlawanan ini walaupun mereka bermain direct football namun nampak efektif. Mereka gagal menghukum Kedah pada separuh masa pertama.
Mereka banyak mencipta peluang dengan sistem decoy no.9 yang dipegang Ronaldinho. Pertahanan Kedah cepat panik apabila bola di kaki Ronaldinho dan membuka ruang kepada pemain lain.
Gopinathan, Hazwan dan Andik, ketiga-tiga mereka ada 1 peluang besar masing-masing hasil daripada peranan Ronaldinho ini.
Pada separuh masa kedua, Selangor menjaringkan gol juga daripada bantuan Ronaldinho. Sebab itu kami pelik kenapa K. Gunalan tidak mengekalkan gandingan Ronaldinho lebih lama.
Sebab ini satu-satunya taktikal yang sangat berkesan oleh Selangor dalam memberikan ancaman kepada Kedah. Dari segi animasi dan aliran bola, Selangor agak lemah.
Dengan kemasukkan Olivi mereka bermain dalam sistem 4-4-2 dengan 2 target man sebenar seperti model pasukan Kedah.
Ini adalah corak formasi dominan mereka ketika mencari Ronaldinho. Ronaldinho menambahkan ancaman dengan mencipta peluang kepada kawasan di sekeliling beliau.
Kelemahan Organisasi Taktikal Selangor
Back 4 mereka terlalu terdedah apabila Veenod seakan akan diarahkan untuk merantai Liridon dengan man marking. Satu pendekatan sangat berisiko untuk mengenakan man marking kepada pemain yang bermobiliti tinggi dan bermain peranan no.8.
Veenod dan Saiful Ridzuan kerap mewujudkan konflik posisi. Pada masa yang sama Veenod tidak mampu bermain lebih box to box untuk membantu transisi serangan.
Bila hal ini berlaku, Andik terpaksa ke half-space di kawasan bawah (deep area). Bila Andik ke half-space sekitar kawasan tengah padang, Selangor tidak ada width di sayap kerana Bunyamin tidak memberikan width.
Di sebelah kanan pula, Gopinathan amat mengancam dari segi serangan, namun komitmen bertahan Gopi terlalu rendah seolah-olah dia sedang bermain attacking 3 dan bukannya midfielder 4.
Pertukaran Taktikal Kedah
Fasa kedua taktikal Tan Cheng Hoe adalah dengan menukarkan formasi 4-4-2 kepada formasi yang kami percaya formasi terbaik Tan Cheng Hoe, 4-2-3-1 dengan kemasukan Halim Saari yang menggantikan Thiago Augusto.
Thiago Augusto memang patut dikeluarkan kerana terlalu konflik dengan Shane Smeltz. Shane Smeltz pula diperlukan untuk menerima hantaran lintang sebagai plan B.
Kemasukan Halim membolehkan Amirul Hisyam ada rakan di pivot dan Liridon kekal dengan peranan no.8 beliau.
Pada fasa ini, Selangor ditekan dengan kuat dan mereka terpaksa bergantung kepada serangan balas. Liridon ternyata menginginkan peranan no.8 ini dari awal walaupun dia sepatutnya lebih disiplin walaupun bermain peranan pivot.
Dalam anatomi gol pertama Selangor, isu organisasi Kedah yang tidak ada Liridon di tengah antara punca gol itu. Seterusnya adalah orientasi Amirul Hisyam yang seakan-akan cuba sedaya upaya menjadi bek ke-3 ketika bertahan.
Dia sepatutnya melakukan space ataupun zonal pressing untuk melambatkan Hazwan. Namun Amirul cuba hold back 3 dengan mengundur dan terus mengundur.
Rizal Ghazali ataupun Syawal pula cuba kembali ke posisi masing-masing sedangkan hanya Ronaldinho yang berada di garisan atas.
Ia adalah kelemahan Kedah dalam reshape ketika bertahan dan juga masalah lemah dalam menutup ruang dengan shadow defending. Seterusnya adalah isu pace oleh Liridon dan Khairul Helmi untuk memberikan tekanan.
Kemudian, kredit besar juga kepada Patrick yang boleh menyimpan bola dengan baik walaupun dikepung. Ia dilengkapkan dengan gerakan tanpa bola Hazwan yang memanipulasi half-space.
Gol yang tidak disukai penjaga gol iaitu jaringan di near post.
Pada masa tambahan, tidak ada perubahan taktikal yang ketara dan kedua-dua pasukan lebih bertarung secara teknikal.
Kedah akhirnya menang melalui penentuan penalti.
Penilaian
Kedah jelas pasukan yang lebih baik namun Selangor sepatutnya boleh memberikan mereka masalah pada separuh masa pertama dengan pendekatan Kedah yang terlalu berisiko dalam 4-1-2-3.
Pada separuh masa pertama, pertarungan lebih kepada teknikal dan Selangor ada kelebihan kerana Ronaldinho yang berada dalam prestasi terbaik.
Tan Cheng Hoe sekali lagi membuang masa dengan 4-4-2 yang sebelum ini kurang efektif dalam perlawanan yang besar.
Ini kerana, Liridon kurang disiplin ketika bertahan untuk bermain dalam skema pivot berkembar dalam 4-4-2. Dalam perlawanan ini Kedah bermasalah untuk menukar arah bola kepada Syazwan Zainon.
Banyak gerakan Kedah berpusat di kanan. Apabila bola sampai ke kaki Syazwan, beliau ada isu dengan kreativiti dan terlalu direct.
Kedua-dua pasukan ada masalah dengan pertahanan. Selangor dengan masalah half-space, manakala Kedah bermasalah dengan garisan tinngi.
Khairul Azhan mungkin pemain terbaik di dalam padang namun sayangnya beliau bermain dalam pasukan yang tewas.
Perubahan taktikal Selangor membuatkan tugas Kedah menjadi lebih mudah, manakala perubahan taktikal Kedah membuatkan Selangor lebih sukar.
Pemain Terbaik
Rizal Ghazali
Baca juga :Previu Final Piala Malaysia 2016: Selangor Mahukan Kejuaraan Ke-34, Kedah Mahu Balas Dendam