Nafuzi Zain yang kini merupakan pengendali utama Kedah Darul Aman (Kedah) menggesa supaya barisan pemain kendalian beliau untuk tidak mengambil mudah akan cabaran perlawanan seterusnya berdepan Kelantan United.
Kedah bakal meneruskan aksi Liga Super 2023 seterusnya berdepan Kelantan United di Stadium Darul Aman (SDA) dengan momentum terbaik selepas kejayaan mereka menewaskan PDRM pada perlawanan lalu.
Sesi latihan terakhir pasukan menjelang aksi LS17 di Stadium Darul Aman malam esok.
Jom turun beramai-ramai padukan sorakan buat Sang Kenari!
🏆 LS 17 | Liga Super 2023
🆚 Kelantan United FC
📆 14 Julai 2023, Jumaat
🕖 9.00 malam
🏟️ Stadium Darul Aman pic.twitter.com/JPg5pY0vwh— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 13, 2023
Tampil dengan sedikit rombakan baharu dalam barisan pemain, pastinya Sang Kenari mempunyai motivasi tinggi untuk berhadapan Kelantan United untuk meneruskan pemburuan tiga mata seterusnya.
Pada aksi lalu, dua pemain import baharu Kedah iaitu Ifedayo Olusegun serta Moses Atede telah pun dibawa turun buat pertama kali serta mempamerkan aksi cukup bertenaga untuk menggembirakan penyokong Sang Kenari.
Pastinya para penyokong fanatik Kedah mengharapkan kini agar dua tonggak tersebut mampu mengekalkan rentak positif mereka untuk membantu Sang Kenari meraih kejayaan seterusnya di laman sendiri.
Untuk aksi ini, Kelantan United boleh dianggap sebagai pasukan bukan pilihan berdasarkan kedudukan semasa dalam carta Liga Super jika ingin dibandingkan oleh Kedah yang lebih baik.
Namun, Nafuzi enggan melihat tersebut sebagai suatu kelebihan sambil menganggap beraksi di laman sendiri bukan suatu jaminan buat mereka untuk memperoleh kejayaan diimpikan.
Malah, pengendali berbakat besar itu juga mengingatkan segala perancangan mereka mungkin lebur untuk bersaing bersama tiga kelab teratas sekiranya gagal mengutip sebarang mata pada aksi malam ini.
“Impian kami mahu meneruskan momentum kemenangan yang kami capai pada aksi menentang PDRM dan saya tetap mengganggap ini satu cabaran sengit sekalipun Kelantan United kini di tangga ke-12 liga.
“Oleh itu saya harap pemain tidak mengambil mudah dan berasa selesa meskipun kami beraksi di laman sendiri kerana aksi di tempat sendiri bukanlah satu jaminan untuk meraih kemenangan.
“Sebaliknya kami perlu lebih fokus dan tampil lebih berdisiplin,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.
KDA FC menerima kunjungan Kelantan United FC di Stadium Darul Aman pada Jumaat ini. Jom kita turun ke Stadium beri sokongan buat Sang Kenari!
PULUN KEDAH PULUN!
🏆 LS 17 | Liga Super 2023
🆚 KELANTAN UNITED FC
📆 14 Julai 2023, Jumaat
🕖 9.00 malam
🏟️ Stadium Darul Aman pic.twitter.com/SMilQdLaWN— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 12, 2023
Walaupun sekadar terikat seri pada perlawanan lalu ketika berdepan Perak, dijangka Kelantan United tidak akan memberi laluan mudah buat Kedah untuk sekurangnya membawa pulang satu mata dari Alor Setar.
Tampil dengan beberapa perubahan pemain pada jendela perpindahan kedua ini, Kelantan United mampu untuk mengejutkan Sang Kenari jika tuan rumah mengambil mudah akan cabaran lawan untuk aksi malam ini.