Tak Bayar Hutang, FIFA Sekat Al-Nassr Daripada Daftar Pemain Baharu

Al-Nassr

Kelab Arab Saudi, Al-Nassr berdepan sekatan daripada badan induk bola sepak dunia iaitu FIFA selepas mereka gagal untuk melunaskan hutang dalam pembelian pemain.

Sekatan yang dihadapi oleh kelab pemain legenda Portugal iaitu Cristiano Ronaldo itu adalah Al-Nassr tidak dibenarkan untuk mnendaftarkan mana-mana pemain baharu buat masa ini.

Memetik laporan Daily Mail, Al-Nassr dilaporkan disekat mendaftar pemain baharu oleh FIFA selepas berhutang dengan Leicester City ketika mendapatkan Ahmad Musa.

Al-Nassr dilaporkan berhutang sebanyak £390 ribu (RM2.1 juta) kepada Leicester yang berupakan bayaran tambahan (add-ons) termasuklah faedah ketika membeli pemain tersebut.

Apa yang mengejutkan, hutang itu merupakan kegagalan kelab tersebut membayar kepada juara Premier League 2016 sewaktu mendapatkan Musa pada 2018.

Lebih menarik, ketika sekatan ini berlaku Musa sudah bukan lagi bergelar pemain Al-Nassr dengan beliau kini bersama-sama kelab Sivasspor di Turki sejak 2022.

Sekatan itu sebenarnya sudah dikenakan sejak 2021 dengan Al-Nassr tidak dibenarkan untuk membawa masuk pemain untuk tiga jendela perpindahan berturut-turut.

Kini, Al-Nassr sudah pun berada di penghujung sekatan dan mereka kini begitu yakin untuk akhirnya menyelesaikan segala hutang yang belum dilunaskan kepada Leicester.

Hal ini kerana, jika tidak berjaya dilakukan maka kelab Arab Saudi itu akan dihadapkan sekali lagi ke FIFA untuk tindakan lanjut.

Jika hutang ini berjaya dilunaskan, maka Al-Nassr boleh mendaftarkan semula pemain dan kembali memburu bintang-bintang dunia selepas berhasil mendapatkan Ronaldo dan Marcelo Brozovic.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN