David de Gea secara rasminya sudah pun meninggalkan bekas kelabnya iaitu Manchester United, setelah kontrak beliau tidak dipanjangkan pasukan tersebut untuk musim hadapan.
De Gea telah pun menabur bakti bersama United selama 12 tahun sebelum itu dan 30 Jun lalu menjadi tarikh terakhir beliau bersama pasukan tersebut sebelum sah meninggalkan Old Trafford.
Erik ten Hag's message to David de Gea after the goalkeeper announced he's leaving Man United ❤️ pic.twitter.com/SOY7kubyTO
— ESPN FC (@ESPNFC) July 8, 2023
Ianya dianggap kontroversi mengenai perpisahan De Gea bersama United, selepas pemain tersebut dilaporkan langsung tidak pernah mendapat tawaran rasmi untuk musim hadapan serta layanan lebih baik.
Sepanjang bersama United, De Gea boleh dianggap antara pemain yang merasai pelbagai kejuaraan dengan termasuk menjuarai English Premier League (EPL) serta Piala FA.
Malah, De Gea juga antara penjaga gol yang pastinya akan terus dikenang para penyokong The Red Devils menerusi rekod-rekod peribadi dilakar pemain tersebut sepanjang mewakili pasukan tersebut.
Walaupun begitu, faktor perubahan corak permainan bola sepak moden kini menyaksikan De Gea tidak sepadan dengan kehendak diinginkan oleh Erik ten Hag dan menjadikan beliau terpaksa disisihkan untuk musim akan datang.
Sebelum itu, Ten Hag ada menyatakan beliau sentiasa menerima De Gea dalam keluarga United untuk musim akan datang, namun tidak dapat memberi jaminan beliau akan terus memainkan peranan penting dalam kesebelasan utama.
Ini menjadi faktor kenapa pengurus tersebut giat untuk mendapatkan penjaga gol baharu yang mampu bermain dalam dunia bola sepak moden seperti Andre Onana serta bintang muda Jepun, Zion Suzuki.
Ketika ini, De Gea masih lagi berstatus bebas tanpa menandatangani kontrak baharu bersama mana-mana kelab dan pastinya kelibat penjaga gol tersebut berada dalam sasaran pasukan lain.
Berikut merupakan pasukan atau saingan liga yang dianggap sesuai untuk de Gea sertai pada musim hadapan menerusi perkongsian dibuat oleh CNN Indonesia.
Sertai saingan liga di Arab Saudi
Menurut CNN Indonesia, kelab-kelab dari Arab Saudi antara yang mungkin berminat untuk mendapatkan beliau selepas situasi kini menyaksikan ramai bintang dunia menyertai saingan liga di sana.
6:30 PM Session 🇵🇹⚽️ pic.twitter.com/FBrF3JTdK5
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) July 11, 2023
Lebih menarik, De Gea boleh beraksi untuk Al Nassr bagi bergandingan kembali bersama bekas rakan sepasukan iaitu Cristiano Ronaldo musim akan datang.
Berhijrah ke Amerika Syarikat
Seperti diketahui, saingan Major League Soccer (MLS) sering menjadi destinasi kebanyakan pemain bintang sebelum mereka menamatkan karier dalam dunia bola sepak.
MLS kini mula mendapat lebih tumpuan selepas bintang Piala Dunia iaitu Lionel Messi sudah pun mengesahkan tempat bersama Inter Miami musim hadapan.
— Inter Miami CF (@InterMiamiCF) June 7, 2023
De Gea juga berupaya untuk menyertai mana-mana kelab di sana atau mencipta sejarah untuk bergandingan bersama Messi bagi memperkukuhkan Inter Miami.
Alternatif kepada Manuel Neuer di Jerman
Kelab gergasi Jerman iaitu Bayern Munich juga dilaporkan kini sedang berusaha untuk mendapatkan penjaga gol baharu bagi memperkukuhkan posisi tersebut musim depan.
Daripada segi kualiti, mereka kini mempunyai Manuel Neuer yang sangat kebal di hadapan gawang gol, namun masih lagi dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan.
📸 Manuel Neuer working on his comeback [fcb] pic.twitter.com/tNHmWWvMHb
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) July 11, 2023
Lebih menarik, Yann Sommer juga dijangka akan meninggalkan pasukan tersebut musim hadapan dan ini merupakan peluang terbaik buat De Gea untuk cuba diintai Bayern Munich.
Sedia ganti Andre Onana untuk Inter Milan?
Dilaporkan kini Andre Onana mungkin akan meninggalkan pasukan tersebut dengan United meletakkan sasaran tinggi untuk mendapatkan penjaga gol tersebut.
Situasi mungkin berubah menjadi lebih unik sekiranya pengurusan kelab tersebut mendapatkan De Gea sebagai pengganti kepada Onana musim hadapan.
Pulang ke Sepanyol
Langkah terbaik buat De Gea kini adalah untjk pulang semula ke Sepanyol kerana beberapa pasukan di sana dilihat sesuai buat penjaga gol berpengalaman tersebut.
Sevilla dan Valencia antara pasukan yang dijangka bakal kehilangan penjaga gol utama mereka musim hadapan dan kini mungkin beberapa nama termasuk De Gea berada dalam sasaran.
Lebih menarik jika De Gea mampu kembali menyertai kelab pertama yang menaikkan potensi beliau sebelum menyertai United iaitu Atletico Madrid.
🆕️🔴⚫️🫡 GET IN!
• David de Gea leaves Manchester United after 12 years since he joined from Atletico Madrid.
More to follow: pic.twitter.com/WYPobbohAY
— H/F (@hfworld_) July 8, 2023
Namun, persaingan sengit pastinya akan berlaku kerana Jan Oblak ketika ini berada dalam momentum terbaik untuk mengekalkan posisi dalam kesebelasan utama.
Pada pandangan anda sendiri, destinasi mana yang sesuai buat De Gea pada musim hadapan atau beliau akan terus kekal beraksi di England?