Malaysia secara rasminya musim ini telah pun menghantar dua wakil kelab untuk saingan Piala AFC dengan Terengganu serta Sabah bakal menyertai cabaran tersebut tidak lama lagi.
Musim lalu, nama Malaysia boleh dianggap sangat harum di mata Asia selepas kejayaan Kuala Lumpur City (KL City) melayakkan diri sehingga ke pusingan akhir dengan prestasi cukup cemerlang.
⏰ FT | 🇲🇾 Kuala Lumpur City 0️⃣-3️⃣ Al Seeb 🇴🇲
💪 A dominant display sees Al Seeb claim the #AFCCup2022 title!#AFCCupFinal | #KLCvSEB pic.twitter.com/tFAL8GSzaU
— #AFCCup (@AFCCup) October 22, 2022
Untuk saingan musim ini, Terengganu telah pun diletakkan dalam balang 1 (pot 1) bersama Dynamic Herb Cebu serta Hai Phong FC atau HAGL yang akan ditentukan menerusi keputusan ‘play-off’ sebelum undian dibuat.
Manakala Sabah pula diletakkan dalam balang 3 (pot 3) bersama Stallion Laguna dari Filipina dan wakil Myanmar, Shan United menerusi perkongsian dibuat oleh Asean Football.
Hadir membawa nama negara, pastinya Terengganu atau Sabah tidak ingin melepaskan peluang untuk cuba mencipta sejarah mara lebih jauh atau mengulangi kejayaan KL City pada musim lepas.
Walaupun begitu, kelab-kelab yang bertanding pada musim ini juga dianggap sangat bagus dan mempunyai rekod tersendiri dalam saingan liga di negara masing-masing.
Malah kejohanan kali ini juga menyaksikan ada dua calon dari Australia iaitu Macarthur FC serta Central Coast Mariners FC turut mencuri tumpuan ramai pemerhati bola sepak seluruh negara.
✨ AFC CUP 2023/24 | ASEAN ZONE
Here is seeding pots for Group Stage#AFC #AFCCup pic.twitter.com/qZbx0eMaUJ
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 8, 2023
Baik Terengganu atau Sabah, kedua pasukan ini berpeluang besar untuk diundi bersama kelab-kelab dari Australia tersebut dan memberi cabaran sejak pusingan awal.
Sementara itu, dua lagi kekosongan slot bakal dalam balang 4 (pot 4) bakal diisi oleh pemenang ‘play-off’ dan segalanya akan terjawab tidak lama lagi.
Musim ini menyaksikan Sabah dan Terengganu sebenarnya tidak begitu konsisten dalam persaingan Liga Malaysia (Liga M) selepas ada rombakan baharu dibuat.
Namun, ini mungkin akan menjadi titik tolak terbaik buat kedua kelab tersebut untuk cuba membuktikan sesuatu kepada penyokong masing-masing dengan turut membawa maruah negara.
Apapun, Datuk Ong Kim Swee dan Tomislav Steinbruckner sudah boleh mencongak kekuatan pasukan-pasukan yang bertanding serta membuat ‘kerja rumah’ lebih awal untuk menilai kekuatan semasa kelab dikendalikan mereka.
The road to 2023/24 #AFCCup is set! ☑️
Teams from the South, Central, West, East and ASEAN Zones will be competing in the Preliminary and Playoff Stages for a spot in the Group Stage!
📆 August 8 – August 23, 2023
READ 👇 https://t.co/78mXHKj4ck
— #AFCCup (@AFCCup) June 21, 2023
Menerusi kualiti-kualiti pasukan yang bertanding musim ini, jelas ia bukan sesuatu yang mudah untuk ditempuhi kedua kelab tersebut dan segalanya bakal terjawab bagi mengetahui lawan masing-masing sebaik sahaja undian dilakukan.