Ifedayo Bakal Jadi Tarikan Utama Sang Kenari Untuk Berdepan PDRM

Ifedayo Olusegun bakal menjadi tarikan utama untuk Kedah Darul Aman (Kedah) malam ini untuk aksi seterusnya dalam saingan Liga Super 2023 bertemu PDRM di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Selepas mencatat kekalahan mengejut di tangan PDRM pada pusingan pertama Liga Super menerusi keputusan penuh 0-1 di halaman sendiri, pastinya Kedah tidak rela lagi untuk terus terkulai di tangan pasukan tersebut.

Musim ini Kedah tampil sebagai antara pasukan yang paling mencuri tumpuan, selepas ada rombakan besar dibuat membabitkan kejurulatihan serta barisan pemain baharu dengan turut melibatkan import.

Segalanya dilihat berjalan dengan sangat baik, walaupun pasukan ini masih lagi baru dikumpulkan dengan berjaya menempatkan diri di kedudukan semasa carta liga pada tangga keempat bersama prestasi cukup memuaskan.

Namun, sedikit perubahan dilakukan Sang Kenari dengan khabar mengejut perpisahan mereka bersama penyerang import berbisa iaitu Willian Lira beberapa minggu lalu dan mendapat pelbagai maklum balas daripada penyokong.

Sebagai pengganti, Kedah tidak menunggu masa yang lama untuk mendapatkan Ifedayo selaku peledak gol utama buat Sang Kenari sehingga penghujung musim ini.

Seperti diketahui, Ifedayo bukan lagi satu nama asing dalam dunia bola sepak tempatan, selepas penyerang kelahiran Nigeria ini sudah pun membuktikan ketajaman beliau sejak bersama Selangor beberapa musim lalu.

Tampil dengan kekuatan fizikal, kawalan bola yang bagus, serta sentiasa berada di kedudukan tepat untuk menyambut peluang, menjadikan Ifedayo serba lengkap selaku seorang penyerang berbisa.

Pastinya Nafuzi Zain akan menggunakan aksi menentang PDRM malam ini sebagai medan terbaik untuk menguji Ifedayo selepas hampir beberapa hari beliau menjalani latihan bersama Kedah untuk mempersiapkan diri sebelum dibawa turun secara rasmi.

PDRM yang diketahui merupakan salah satu pasukan yang begitu berdisiplin ketika bertahan sehingga menyukarkan banyak kelab untuk cuba mendapatkan gol mengatasi mereka.

Malah, Sang Kenari sendiri seolah buntu ketika aksi pertama mereka menentang PDRM, selepas bekas penyerang pasukan tersebut iaitu Willian Lira dan rakan lain gagal untuk menembusi benteng pertahanan kebal lawan.

Maka, kehadiran Ifedayo pastinya ditagih Sang Kenari untuk cuba membolosi gawang gol PDRM malam ini dan menggunakan segala pengalaman serta kepakaran dimiliki untuk membantu Kedah mendapatkan tiga mata di gelanggang lawan dengan cemerlang.

Apapun, kehadiran Ifedayo pastinya menjadi daya tarikan terbaharu buat para penyokong yang berada di sekitar Petaling Jaya untuk cuba memenuhi stadium serta menyaksikan sendiri ketajaman penyerang tersebut berdepan PDRM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN