Pemain Portugal, Ruben Neves yang kini dalam perjalanan untuk menyertai Cristiano Ronaldo dan N’Golo Kante di Liga Arab Saudi semakin hampir menyertai Al-Hilal.
Beliau dianggap sudah mula meninggalkan bola sepak elit di Eropah kerana ingin bermain kerana wang dijangka akan melengkapkan perpindahan £47 juta (RM279 juta) ke Al-Hilal dalam usaha Arab Saudi merevolusikan saingan domestik mereka.
Pengesahan itu masih belum lagi terjadi, namun telah muncul cakap-cakap yang Al-Hilal bakal menjadi tidak lain dari sekadar stesen transit untuk Neves kembali ke Premier League.
Menurut laporan Football Insider, sekiranya perpindahan Neves ke Al-Hilal berhasil, maka pemain itu akan kembali semula ke England namun tidak bersama-sama Wolverhampton Wanderers.
Sebaliknya, Neves akan dipinjamkan ke Newcastle United dengan pemain tersebut dijangka akan bersama-sama Magpies untuk dua musim.
🚨 Newcastle have discussed internally the possibility of signing Ruben Neves on loan from Al-Hilal. 👀
A two-year loan has even been discussed. 🇸🇦
Both are owned by PIF. 🤔
(Source: @footyinsider247) pic.twitter.com/vnkYUTd5Al
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 21, 2023
Apa yang menarik mengenai perpindahan ini adalah, kedua-dua kelab iaitu Al-Hilal dan Newcastle adalah pasukan yang dimiliki oleh pemilik yang sama iaitu Public Invesment Fund (PIF).
Jadi, ini dilihat sebagai satu langkah yang licik tetapi bijak dilakukan untuk mendapatkan Neves bagi membantu Newcastle yang akan beraksi di UEFA Champions League (UCL) musim hadapan.
Jika Newcastle sendiri yang mahu membeli terus Neves, pastinya Wolves akan bertindak mengenakan harga yang lebih tinggi untuk pemain tersebut memandangkan beliau masih lagi muda dan sedang menghampiri kemuncak prestasi.
Jadi dengan terkeluarnya berita ini, adakah Wolves akan cuba sabotaj perpindahan ini dengan membatal peluang Neves beraksi di UCL walaupun perlu melalui transit?
Sama-sama kita nantikan.